Karangan cerita "Pengalaman bercuti di kampung"
Karangan cerita
Soalan:
Pada cuti sekolah yang lalu, kamu telah bercuti di kampung datuk dan nenek kamu.
Ceritakan pengalaman kamu
sepanjang berada di sana.
Pada cuti sekolah yang lalu,
saya telah berpeluang pulang ke kampung datuk dan nenek saya yang terletak di
Pasir Puteh Kelantan. Saya bertolak ke sana pada awal pagi dengan menaiki bas dari
Kota Bharu. Datuk menunggu saya di stesen bas Pasir Puteh.
Setibanya di rumah datuk,
nenek sedang menunggu dengan hidangan
makan tengahari. Saya makan dengan berselera sekali kerana terlalu lapar, tambahan pula masakan ikan haruan dan puyu
yang nenek sediakan amat menyelerakan.
Setelah berehat dan
bersolat Zohor, datuk mengajak saya ke sungai yang terletak tidak jauh dari
rumahnya untuk memancing dan melihat lukah yang ditahannya. Saya sangat seronok
kerana inilah aktiviti yang amat saya tunggu-tunggu. Datuk mengajar saya teknik
memancing ikan di sungai. Saya bersorak
kegembiraan apabila dapat memancing seekor ikan sebarau yang agak besar. Datuk
hanya tersenyum melihat gelagat saya.
Pada sebelah petang pula,
datuk mengajak saya ke sawahnya. Sawah datuk sangat luas. Di sini, saya berpeluang melihat beberapa orang petani
bekerja di sawah mereka. Ada yang sedang
merumput, membaja dan membaiki batas-batas sawah. Datuk mengatakan bahawa padi-padi tersebut
akan dituai pada bulan hadapan. Saya berasa agak kecewa kerana tidak berpeluang
melihat kerja-kerja menuai padi.
Keesokan harinya, beberapa
orang sepupu saya mengajak saya ke hutan untuk mencari buluh. Mereka bercadang
untuk membuat wau. Saya berasa sangat teruja kerana ini adalah peluang keemasan kepada saya untuk
belajar membuat wau. Sepupu-sepupu saya mengajar
saya menebang buluh, membelah, dan meraut buluh untuk dibuat wau. Setelah
seharian bertungkus-lumus, saya berjaya membuat sebuah wau kucing yang
sederhana besarnya. Wau-wau yang kami buat akan kami terbangkan di padang
berhampiran rumah datuk.
Setelah seminggu berada di
rumah datuk dan nenek, ayah dan ibupun datang menjemput saya pulang kerana cuti
akan berakhir tidak beberapa lama lagi.
Walaupun agak keberatan untuk meninggalkan kampung datuk dan nenek, tetapi saya
berasa amat gembira kerana mendapat pelbagai pengalaman menarik pada cuti kali
ini.
39 Ulasan:
aslm. Tq ...
Asalam.tq..
w 3rwesdcvf
Tq
xbest panjang lagi la
sangattt baikkk !!!!
Terima kasih kerana telah membantu saya ...dengan adanya karangan ini saya dapat A ...
Tq very much😉
Terlalu panjan
Two
karangan upsr 80 hingga 120 patah perkataan. karangan ini terlalu panjang
Dapat membantu untuk dpt 5A
boleh tahan lah
kalau boleh , tolong pendekkan sedikit isinya
macamla kau buat best sangat
*TERIMAKASIH*dato david arumugum
Balas
Okey latu
Okey latu
Kalu panjang tak pyh lah naj baca, mengejek karangan org je tau
X best pon
So good😇😇😇😇
Tolo
Karangan yang bagus
Macam babi je karangan ni dh lah panjang org nk salin 11 karangan lon lambat babi😈😈🐷🐷🐖🐖🐽🐽
Bolehla..Still can accept it
asal semua pasir mas kelantan ni!!!!!!bosanlah .tak de ke tempt lain nk buat lol betulah .karangan pun mcm apa je1!!!!!
Panjang sangat la nak cabut tangan nulis 😂😂😂😂😂
marvellous marvellous
BAGUS....BEGINI KITA MAHUKAN!!!!!!
Assalamualaikum, Nice...😊😊😊tq...anda yg mahukan UPSR penulisan BM markah terbaik usha sungguh²...nk tip or kongsi ilmu follow insta sye eh_fadil.cho😊😊
Assalamualaikum, Nice...������tq...anda yg mahukan UPSR penulisan BM markah terbaik usha sungguh²...nk tip or kongsi ilmu follow insta sye eh_fadil.cho����
Walaupun panjang tetapi banyak ilmu yang dapat
Walaupun panjang tapi BEST👏👏👏👏👏👍👍👍👍👍
Omg sangat baik saya cikgu bahasa melayu
ok, but kene ada satu lagi perenggan baru cukup 7. ok dah ni sebenarnya hihihihi :)
good ... :)
assalam..tq
Okey cerita menarik
I'a mengambil satu jam untuk salin karangan!😟😟😟😟😟😂😂😂but great
1hour to copy the essay !😂😂😂😂😂
Catat Ulasan
Langgan Catat Ulasan [Atom]
<< Laman utama