Karangan UPSR " Cara-cara menjaga kebersihan dan keindahan tempat tinggal kita"
Karangan Perbincangan
Soalan:
Alam sekitar yang bersih dan
indah menjamin hidup kita sentiasa sihat dan ceria.
Bincangkan cara-cara menjaga kebersihan dan keindahan kawasan tempat tinggal kita.
Kebersihan dan keindahan kawasan tempat tinggal kita sememangnya hal
yang perlu diberi perhatian agar hidup
kita sentiasa sihat dan ceria. Sekiranya tempat tinggal kita kotor dan tidak
ceria maka masyarakat yang mendiaminya mudah diserang pelbagai penyakit yang
berbahaya. Banyak cara yang boleh kita lakukan agar kebersihan dan keindahan kawasan
tempat tinggal kita terjaga.
Untuk menjaga kebersihan dan keindahan
tempat tinggal, kita mestilah sentiasa
mengamalkan sikap kerjasama dengan masyarakat yang tinggal di kawasan yang
sama. Hal ini demikian kerana tanpa kerjasama anggota masyarakat maka sukarlah untuk
menjaga kebersihan dan keindahan persekitaran
tempat tinggal kita. Amalan bergotong-royong membersihkan dan menceriakan
kawasan taman atau kampung perlu selalu dilakukan.
Selain itu, Semua orang yang tinggal di
sesuatu kawasan perlu sentiasa menjaga kebersihan dan keindahan rumah
masing-masing. Setiap orang perlu membuang
sampah di tempat yang disediakan untuk memudahkan pihak bertanggungjawab
memungut sampah-sarap dan dibawa ke tapak pelupusan. Sekiranya hal ini
diamalkan, maka sesuatu kawasan tempat tinggal akan sentiasa bersih dan ceria.
Amalan mengitar semula bahan buangan juga
salah satu cara menjaga kebersihan dan keindahan tempat tinggal. Bahan buangan
seperti botol, tin aluminium,kertas dan besi-besi
lama boleh dikitar semula. Bahan-bahan ini boleh kita bawa ke pusat
kitar semula. Amalan kitar semula sebenarnya sangat baik diamalkan kerana
selain daripada menceriakan kawasan tempat tinggal kita ia juga membantu kita menjaga
kelestarian alam negara kita.
Penanaman pokok-pokok hiasan juga adalah
cara menjaga keindahan kawasan tempat
tinggal. Pokok-pokok hiasan yang hidup subur dan menghijau sudah tentu
menyejukkan mata yang memandang. Hal ini pastinya mewujudkan kawasan tempat
tinggal berudara bersih , nyaman dan
ceria.
Kesimpulannya, pelbagai cara boleh dilakukan untuk menjaga
kebersihan dan keindahan tempat tinggal kita. Walaubagaimanapun pelibatan
seluruh anggota masyarakat yang tinggal di sesuatu kawasan sangatlah mustahak
untuk mewujudkan kawasan tempat tinggal yang bersih dan indah.
2 Ulasan:
Cara cara menjaga kebersihan rumah
Rumah merupakan tempat yang perlu sentiasa bersih agar keselamatan dan kesihatan penghuninya terjamin.Terdapat pelbagai cara untuk menjaga kebersihan rumah kita.Salah satu tempat yang perlu diberi keutamaan ialah longkang.Longkang perlu dibersih agar nyamuk tidak membiak.Longkang yang bersih menjamin kesihatan penghuninya.Selain itu,kita perlu menebas semak-samun yang tumbuh meliar di kawasan rumah kita.Kawasan semak-samun ini perlu ditebas agar tidak ada binatang-binatang berbisa seperti ular,kala jengking dan juga lipan.Kawasan rumah yang bersih ini dapat memberi keselesaan penghuninya.Akhir sekali,kita perlu menanam tin-tin kosong yang terdapat di sekitar kawasan rumah kita.
Catat Ulasan
Langgan Catat Ulasan [Atom]
<< Laman utama