Karangan perbincangan" cara-cara untuk mengatasi stres"
`
Karangan Fakta
Stres amat berbahaya kepada
kita jika tidak ditangani dengan betul.
Bincangkan cara-cara untuk mengatasi
stres
Stres atau tekanan ialah gangguan emosi dari segi pemikiran dan fizikal kita. Hal ini
berlaku apabila kita merasa terbeban terhadap sesuatu perkara. Stres yang keterlaluan amat berbahaya kerana ia
memudaratkan kesihatan mental dan fizikal kita. Oleh sebab itu kita perlu
mengatasinya dengan betul.
Antara cara mengatasi stres ialah dengan
bangun awal setiap hari. Apabila kita bangun awal untuk ke sekolah kita tidak
akan terburu-buru atau tergopoh-gapah untuk bersiap dan menguruskan diri.
Sekiranya kita bangun lewat, kita akan merasa tertekan untuk bersiap-siap ke
sekolah kerana bimbang terlambat atau ketinggalan bas.
Selain itu, kita perlu belajar dan tidur
di dalam bilik yang selesa dan kemas.
Sekiranya bilik kita berselerak ia akan
menyebabkan kita merasa tertekan dan tidak selesa untuk belajar. Kita juga
tidak mendapat tidur yang cukup dan
berkualiti. Sekiranya tidur kita tidak mencukupi maka kita akan mudah
merasa letih dan tertekan.
Di samping itu kita boleh
mengatasi stres dengan membuat persediaan awal untuk menghadapi peperiksaan.
Kita akan merasa risau dan bimbang sekiranya lewat membuat persediaan untuk
menghadapi sesuatu peperiksaan. Kebimbangan sebegini akan menyebabkan stres atau tekanan.
Kita juga boleh mengatasi stres dengan
berkongsi atau menceritakan masalah yang dihadapi kepada ibu bapa kita. Jika
kita memendamkan masalah yang dihadapi, lama-kelamaan ia akan menyebabkan kita merasa tertekan atau stres.
Dalam hal ini, Ibu bapa kita sudah pasti mempunyai banyak pengalaman untuk
membantu kita mengatasi sesuatu masalah.
Kesimpulannya, kita perlu mengatasi stres
atau tekanan yang dihadapi dengan cara yang betul agar tidak memudaratkan
kesihatan kita.
21 Ulasan:
kalau yang tahun 6 perenggan ke 6 kena 3 ayat yang gramatis .
KALAU ULASAN BAHAGIAN B ,PERENGGAN KE 3 ATAU LAST 1 AYAT BOLEH
best juga
thanks
Terima kasih untu karangan ini.
Bagus niii
👍👍👍👍👍
Berapa perkataan?
TERBAIK!!!
100% bagus
👍
Tq
Super
Boleh Bantu saya dalam kerja sekolah dan examination
Disamping itu tu kena masuk ke dalam kan ?
Disamping itu tu kena masuk ke dalam kan ?
Ya.. Perlu jarak. Maaf atas kesalahan menaip.
Boleh guna Tak Gambar di atas memaparkan
Ia dapat membantu saya menyiapkan kerja sekolah.
Sangat menolong dan mendapat banyan informations. Terima kasih
Ndd ringkasan ke?
baik
Catat Ulasan
Langgan Catat Ulasan [Atom]
<< Laman utama