Karangan Peribahasa “Nasi sudah Menjadi Bubur”
Soalan:
Tulis sebuah karangan
berdasarkan peribahasa “Nasi sudah Menjadi Bubur”
Amirul seorang anak tunggal. Bapanya, Pak Razif telah meninggal
dunia. Arwah bapanya meninggalkan banyak
harta pusaka seperti tanah sawah dan rumah-rumah sewa. Amirul dan ibunya Mak Limah hidup mewah
daripada hasil harta-harta tersebut.
Sebagai anak tunggal, segala kemahuan Amirul dituruti oleh Mak
Limah. Bagi Mak Limah, tiada salahnya dia menghabiskan wang untuk memenuhi
segala kemahuan Amirul kerana Amirullah tempat dia menumpahkan segala kasih sayang.
Banyaklah perkara yang bukan-bukan diminta oleh Amirul dan ditunaikan oleh Mak
Limah.
Oleh sebab dipenuhi kemewahan, Amirul tidak
memberikan perhatian terhadap pelajarannya. Dia bersikap seperti melepaskan batuk di
tangga. Di dalam kelas pula, Amirul selalu meyakiti hati kawan-kawannya
dengan menunjuk-nunjuk barang-barang yang dibeli oleh ibunya. Tambahan pula kebanyakan rakan-rakan sekelasnya
anak orang miskin.
Mak Limah tidak menyedari bahawa dia
melakukan kesilapan dalam mendidik dan membesarkan Amirul. Sikap Mak Limah ini membuatkan Amirul
semakin degil dan keras kepala. Dia mula melawan nasihat guru-guru di sekolah
kerana beranggapan pelajaran tidak penting. Amirul juga kerap ponteng sekolah
dan mula bercampur dengan remaja yang tidak bersekolah.
Amirul meminta ibunya membelikannya sebuah
motosikal . Alasan Amirul, dia penat mengayuh basikal ke sekolah. Oleh sebab
sayangkan Amirul, Mak Limah menuruti kehendaknya. Semenjak memiliki motosikal, Amirul langsung tidak pergi ke sekolah. Dia lebih gemar berpeleseran dengan
rakan-rakannya yang lebih dewasa dan
tidak bersekolah.
Pada suatu hari, ketika Amirul
memboncengkan kawannya untuk ke Bandar, dia telah ditahan oleh polis di satu
sekatan jalan raya. Apabila diperiksa, pihak polis mendapati Amirul tidak memiliki lesen motosikal kerana baru berusia
12 tahun. Selain itu, rakan Amirul pula
memilikki beberapa biji pil khayal. Akibatnya, mereka berdua ditahan dan dibawa
ke balai untuk disoal siasat.
Apabila mengetahui hal ini Mak Limah sangat
menyesal kerana terlalu mengikut kehendak Amirul. Namun segalanya telah
terlambat. Nasi sudah menjadi bubur.
5 Ulasan:
ejaan amirul pada perenggan sebelum terakhir tiada L
terima kasih kerana kongsi maklumat
thank you
di perenggan kedua terakhir, ejaan memiliki yang betul memiliki, bukan memeilikki..
Terima kasih
Catat Ulasan
Langgan Catat Ulasan [Atom]
<< Laman utama