Karangan UPSR "Bagaimana Menulis karangan yang baik?"
Bagaimana Menulis karangan yang baik? (2)
Dalam penulisan sesebuah karangan, bahagian isi karanganlah yang paling penting dan perlu diberi perhatian. Bahagian ini merupakan nyawa kepada sesebuah penulisan. Oleh yang demikian, menulis bahagian ini perlu diberi perhatian yang serius.
Apakah langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk menghasilkan isi penulisan yang baik?
- Karangan yang bermutu perlu mempunyai isi yang mencukupi dan relevan atau sesuai dengan tajuk atau soalan yang dikemukakan.
- Bina rangka karangan terlebih dahulu walaupun ringkas supaya kita tidak terkeluar daripada tajuk atau soalan yang dijawab. langkah ini juga penting untuk mengelakkan kita kehilangan idea untuk menulis.
- Sekiranya kita menulis karangan cerita, elakkan menulis dialog atau percakapan dalam penulisan (kecuali menulis cerpen). Ramai murid-murid yang gemar menulis dialog ketika menulis karangan cerita. hal ini menyebabkan penulisan meleret-leret dan terkeluar daripada tajuk yang ingin ditulis. Sebaik-baiknya murid-murid menggunakan ayat dalam bentuk cakap pindah.
- Penggunaan tanda baca (koma, noktah, huruf besar, huruf kecil) perlu diberi perhatian. Kesilapan penggunaan tanda baca menyebabkan kesalahan yang akan ditolak markah oleh pemeriksa.
- Gunakan penanda wacana dan kata hubung yang sesuai untuk menyambung ayat dan menunjukkan wujudnya pertalian (pertautan) idea.
Sekian, terima kasih.
Label: Tip-tip Menulis Karangan
0 Ulasan:
Catat Ulasan
Langgan Catat Ulasan [Atom]
<< Laman utama