"Karangan Ucapan Hari Guru"
Ucapan:
Soalan:
Sebagai ketua murid kamu diminta menyampaikan ucapan sempena sambutan hari guru di sekolah kamu.
Tulis ucapan kamu itu selengkapnya.
Yang saya hormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Guru Besar , guru-guru penolong kanan, guru-guru dan rakan sekalian. Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih atas kepercayaan semua memberikan saya ruang dan peluang untuk berucap sempena sambutan Hari Guru peringkat sekolah kita.
Hadirin yang dimuliakan,
Tanggal 16 Mei setiap tahun para guru di seluruh negara merayakan satu sambutan khas. Sambutan ini bertujuan menghargai dan memartabatkan jasa para guru. Hal ini demikian kerana guru adalah insan-insan yang telah diamanahkan menaburkan jasa dan bakti mereka untuk mendidik kita. Tanpa guru, siapalah kita pada hari ini.
Jasa dan bakti para guru tidak terbalas oleh kita. Mereka sanggup berkorban masa , tenaga dan kadangkala wang ringgit untuk mencurahkan ilmu kepada kita. Setiap pengorbanan yang mereka lakukan tidak mengharapkan sebarang balasan. Para guru akan berasa gembira apabila melihat kita mencapai kejayaan. Kejayaan yang kita peroleh adalah kebahagiaan kepada mereka.
Rakan-rakan yang dikasihi,
Sebagai murid kita sepatutnya menanamkan rasa hormat kepada semua guru. Sikap merendah diri dan bercakap secara sopan- santun setiap kali berhadapan dengan guru-guru perlu sentiasa diamalkan. Amalan sebegini amatlah digalakkan dalam agama dan budaya kita. Murid yang mengamalkan sikap sebegini juga akan mendapat keberkatan dan kejayaan dalam hidupnya.
Selain itu, kita juga perlulah sentiasa menumpukan perhatian setiap kali guru mengajar dan memberi nasihat. Setiap patah perkataan yang diluahkan oleh guru-guru kita sudah tentu bertujuan untuk memberi ilmu dan panduan yang berguna kepada kita. Percayalah rakan-rakan, murid yang sentiasa menumpukan perhatian ketika guru mengajar akan mencapai kejayaan dalam pelajarannya.
Pada hari yang mulia ini saya perhatikan ramai antara kita yang membawa pelbagai hadiah untuk diberikan kepada guru-guru sebagai tanda penghargaan terhadap jasa mereka. Hal ini sangat baik kita amalkan walaupun kita sedia mengetahui bahawa para guru tidak mengharapkan sebarang hadiah daripada kita. Tetapi sebagai murid kita juga ingin menghargai jasa dan sumbangan para guru kita.
Sebagai mengakhiri ucapan pada pagi ini, terimalah serangkap pantun daripada saya:
Panglima Megat orangnya perkasa,
Menentang musuh dari seberang;
Guru kita banyak berjasa,
Mendidik kita dengan kasih sayang.
Sekian, terima kasih.
30 Ulasan:
apabila sya buat karangan ini saya berasa amat bangga dengan penulis karangan ini. kepada yang penulis karangan ini saya harap buatlah banyak lagi ye. TAHNIAH DAN SYABASS...
Hebat dan gramatis sungguh ucapan ini.....👍🏻👍🏻👍🏻
Very good
Marvelous !!!!! I like it very much ...karangan yang mantap !!!!! :-)
It's so nice...tq very much😚😚
Nice karangan syabas dan tahniah kepada penulis karangan ini
tahniah kepada penulis karangan ,karangan ni sangat membantu untuk saya dan juga rakan-rakan saya gunakan sebagai contoh karangan.mesti awak penulis karangan yang berpengalaman.semoga maju jaya...kalau ada masa masukkanlah karangan yang lain sbb bnyk saya tak faham ni...,tak de la bnyk sgt pon...huhuhuhu...assalammualaikum..
It's so nice and cool karangan.I like It so much. I love u penulis.Bye baby.
一样也
Nice👍
Saya share....tq
Saya share....tq
this karangsn is sooo good!!!!!!good luck and lain kali buatlah karangan syarahan plak TwT
this karangsn is sooo good!!!!!!good luck and lain kali buatlah karangan syarahan plak TwT
this karangsn is sooo good!!!!!!good luck and lain kali buatlah karangan syarahan plak TwT
Izinkan saya jadikan sumber rujukan..😃
karangan yang gramatis.....
#demokemah
I like it very much. You are best writer
I like it very much. You are best writer
Sangat berguna. Terima kasih kerana telah menerbitkan karangan ucapan ini.
karangan anda amat bagus :-D
Tahniah karangan anda memang bagus bolwh dipuji
pls see and follow my blog, Jaskeerrat Kaur
Very nice×2I love it! Continue ur work...Tq vry much.
terima kasih karangan ini sangat membantu saya dengan kerja sekolah saya
Bagus sekali
Power...karangan yang gramatis Dan hebat...tahniah sekali lagi
Power
Bestlh karangan ni👍👍👍
Catat Ulasan
Langgan Catat Ulasan [Atom]
<< Laman utama