Jumaat, 22 April 2016

Ceramah " Pentingnya Menjaga Kesihatan Diri"

Sekolah kamu mengadakan minggu kesedaran kesihatan peringkat sekolah. Sempena dengan minggu tersebut, kamu dikehendakki menyampaikan sebuah ceramah yang bertajuk" Pentingnya Menjaga Kesihatan Diri".

Tulis ceramah kamu itu selengkapnya.

    Terima kasih diucapkan kepada Tuan pengerusi Majlis, Yang Berusaha Guru Besar, guru-guru, dan rakan sekalian.  Bersempena dengan minggu kesedaran kesihatan ini,  saya akan menyampaikan sebuah ceramah yang bertajuk "Pentingnya menjaga kesihatan diri.

  Aspek penjagaan kesihatan diri  yang paling asas ialah menjaga kebersihan diri sendiri. Kita perlu memastikan rambut, gigi, dan tubuh badan kita sentiasa dalam keadaan bersih. Tubuh badan yang tidak bersih sudah pasti mudah dihinggapi pelbagai penyakit seperti penyakit kulit, kepala berkutu dan gigi serta gusi bermasalah.

      Tangan yang tidak bersih juga menyebabkan kita mudah mengalami keracunan makanan. Sekiranya tangan kita kotor, makanan yang kita pegang akan berkuman. Kuman ini akan masuk ke dalam perut kita apabila kita memakan makanan tersebut. Akibatnya, kita akan mengalami sakit perut dan cirit-birit yang boleh membawa maut.

     Selain itu, kita juga perlu memakan makanan yang seimbang. Dalam hal ini, kita boleh menjadikan piramid makanan sebagai panduan. Makanan yang seimbang membantu kita mendapatkan zat, vitamin, dan lain-lain keperluan badan kita agar mencukupi. Pemakanan yang terkawal juga dapat mengelakkan kita menjadi obersiti.

Hadirin yang dikasihi,

     Bersenam dan bersukan juga amat penting kita amalkan. Melalui bersenam, kita dapat  meningkatkan daya tahan kardiovaskular. aktiviti berjoging dan senaman berbentuk larian dapat menguatkan jantung. Jantung yang kuat dan sihat amat penting kepada setiap orang.


    Akhir sekali,  aspek kesihatan mental juga amat penting diberikan perhatian. Hal ini demikian kerana kesihatan mental mempengaruhi mutu kehidupan seseorang. Setiap daripada kita perlu mengelakkan tekanan dan kemurungan. Tekanan yang berlebihan akan mengundang pelbagai penyakit berbahaya yang lain seperti tekanan darah tinggi, sakit jantung  dan kemurungan.

       Oleh yang demikian, amatlah penting kepada setiap orang untuk menjaga kesihatan diri. Sesungguhnya,  orang yang prihatin terhadap kesihatan dirinya akan menikmati hidup yang berkualiti.

Sekian, terima kasih.

Label: ,

8 Ulasan:

Di 30 Jun 2017 pada 11:32 PG, Anonymous Tanpa Nama berkata...

Good

 
Di 5 Ogos 2017 pada 12:50 PTG, Anonymous Tanpa Nama berkata...

tq for the essay .. it really helpful

 
Di 13 Ogos 2017 pada 12:17 PG, Anonymous Tanpa Nama berkata...

Power

 
Di 27 September 2017 pada 11:31 PG, Anonymous Tanpa Nama berkata...

Terbaik

 
Di 1 Julai 2018 pada 10:30 PTG, Anonymous Tanpa Nama berkata...

Powerlah ulasan ni.. ianya amat membantu saya untuk mengulangkaji pelajaran

 
Di 5 September 2018 pada 4:22 PG, Anonymous Tanpa Nama berkata...

This is really helpful 4 me.TQ

 
Di 10 Februari 2019 pada 12:37 PTG, Anonymous Tanpa Nama berkata...

Thankss

 
Di 12 Oktober 2019 pada 12:29 PTG, Blogger Unknown berkata...

Hi guys

 

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama