Peribahasa Melayu UPSR
Assalamualaikum
Dalam penulisan kali ini, saya akan memaparkan peribahasa yang perlu diberi perhatian dalam peperiksaan UPSR. Peribahasa-peribahasa ini saya kutip daripada buku teks Bahasa Melayu tahun 4,5,6. Sepanjang pengetahuan saya, pembina soalan-soalan Bahasa Melayu UPSR akan merujuk buku teks semasa menggubal soalan. Oleh yang demikian apa-apa sahaja yang terdapat dalam buku teks adalah penting untuk diberikan perhatian.
Antara peribahasa tersebut ialah:
1. Alah membeli menang memakai
2. Alang-alang berdakwat biar hitam
3. Ayam tambatan
4. Bagai aur dengan tebing
5. Bagai bulan jatuh ke riba
6. Bagaimana acuan, begitulah kuihnya
7. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul
7. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
9. Berpantang maut sebelum ajal
10. Besar hati
11. Bersatu teguh, bercerai roboh
12. Biar putih tulang, jangan putih mata
13. Gunung sama didaki, lurah sama dituruni
14. Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat
15. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan
16. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung
17. Bulat hati
18. Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama
19. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri
20. Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang
21. Langkah seribu
22. Malang tidak berbau
23. Melentur buluh biarlah dari rebungnya
24. Menara gadingg
25. Muafakat membawa berkat
26. Otak cair
27. Pasang telinga
28. Seperti kacang lupakan kulit
29. Peliharalah yang lama, pelajari yang baru
30. Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas
31. umpama tikus jatuh ke beras
32. Yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang
33. Yang lama dikelek, yang baharu didukung
34. Seikat bak sirih, serumpun bak serai.
Senarai ini mungkin tidak lengkap. Mungkin banyak lagi peribahasa lain yang saya terlepas pandang. Insyaallah, dalam kesempatan yang lain saya akan menuliskan maksudnya dan karangan yang sesuai untuk menerangkan konteks penggunaannya.
Semoga memberi manfaat.
Label: Nota Tatabahasa UPSR
0 Ulasan:
Catat Ulasan
Langgan Catat Ulasan [Atom]
<< Laman utama