Karangan UPSR keperihalan (cerita) "Persediaan menghadapi peperiksaan UPSR"
Soalan:
Persediaan awal untuk menghadapi peperiksaan amat penting agar kita berjaya dengan cemerlang.
Ceritakan persediaan yang kamu lakukan untuk menduduki peperiksaan UPSR.
Semua murid berkeinginan mendapat keputusan yang cemerlang dalam setiap peperiksaan. Demikian juga dengan saya. Saya akan menduduki Peperiksaan UPSR pada tahun ini. Untuk memastikan saya berjaya dengan cemerlang pelbagai persediaan telah saya lakukan.
Pada waktu petang setelah pulang dari sekolah, saya akan mengulangkaji pelajaran di rumah. Ulangkaji ini saya lakukan untuk mengukuhkan ingatan saya terhadap pengajaran guru pada hari tersebut. Dengan cara ini ingatan dan kefahaman saya terhadap sesuatu tajuk bertambah kukuh.
Selain itu, pada waktu malam saya akan menyiapkan semua tugasan sekolah yang diberikan oleh guru. Sesuatu tugasan yang sukar atau tidak dapat saya selesaikan, saya akan bertanya kepada abang atau kakak saya. dengan cara ini saya dapat memahami tajuk-tajuk yang sukar dengan lebih baik lagi.
Saya juga membentuk kumpulan belajar dengan rakan-rakan yang tinggal berhampiran dengan rumah saya dan belajar di sekolah lain. Kami berbincang dan membuat latihan bersama-sama dengan menggunakan buku rujukan yang kami beli. Dengan cara ini saya dapat berkongsi idea dan pendapat. Banyak tajuk-tajuk dan corak soalan yang sukar dijawab dapat saya selesaikan apabila mengadakan perbincangan dengan rakan-rakan sekumpulan.
Ketika berada di dalam kelas, saya memberi perhatian dan mendengar dengan tekun setiap pengajaran guru. Saya tidak segan untuk bertanya kepada guru sekiranya saya tidak memahami sesuatu perkara yang diajar. hal ini demikian kerana saya menganggap setiap patah ajaran guru ialah ilmu yang amat bernilai harganya.
Saya amat berharap dengan persediaan sebegini, saya akan lulus dengan cemerlang dalam Peperiksaan UPSR yang akan diadakan pada bulan September nanti. Saya ingin belajar di sekolah yang terpilih sepertimana kakak dan abang saya.
11 Ulasan:
terbaik
Hebat
Hebat
Terima kasih
terbaik
balas
terbaik lah
Memang terbaik
Boleh tak bagi rangka karangan??!!!!
Terima Kasih..... selepas ini, senang untuk saya menjawab soalan upsr... saya mencari idea yang saya senang ingat daripada karangan ini.....
adakah karangan ini berdasarkan pengalaman anda sendiri ?
Catat Ulasan
Langgan Catat Ulasan [Atom]
<< Laman utama