Karangan "Peribahasa: Berakit-rakit ke hulu berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu bersenang-senang kemudian"
Karangan peribahasa
Soalan:
Tulis sebuah karangan berdasarkan peribahasa “Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, Bersakit-sakit dahulu
bersenang-senang kemudian.”
Amirul berasal dari sebuah kampung di
pedalaman. Ibu bapa Amirul bekerja
mengambil upah menoreh getah di sebuah kebun kepunyaan ketua kampungnya.
Pendapatan ibu bapa Amirul hanya sekadar cukup untuk perbelanjaan makan dan
minum seharian. Seperti kata pepatah “kais pagi makan pagi, kais petang makan petang”.
Amirul dan dua orang adik orang perempuannya
mengerti kesusahan keluarga mereka.
Mereka tidak meminta perkara yang bukan-bukan daripada kedua-dua ibu
bapa mereka. Mereka hanya mengharapkan
sedikit wang untuk perbelanjaan persekolahan mereka.
Walaupun hidup miskin, Amirul dan kedua-dua
adiknya belajar dengan tekun. Setiap hari mereka berjalan kaki bersama-sam
untuk ke sekolah yang terletak kira-kira lima kilometer dari rumah mereka.
Mereka terpaksa berjalan kaki kerana kedua-dua ibu bapa mereka tidak mampu
membeli basikal untuk mereka. Walaupun jauh, mereka tetap rajin ke sekolah
setiap hari. Mereka tidak pernah mengeluh walaupun setiap hari bermandi peluh
ketika hari panas atau bermandi hujan ketika musim tengkujuh.
Pada waktu petang atau hari cuti, Amirul
akan berkebun di belakang rumahnya. Walaupun kawasan belakang rumahnya
sempit sahaja, tetapi Amirul berjaya menanam pelbagai jenis sayuran.
Tanaman Amirul hidup subur kerana dia rajin menyiram dan membaja tanamannya. Sedikit sebanyak hasil daripada kebun Amirul
dapat menambah pendapatan keluarganya.
Pada sebelah malam pula Amirul dan
adik-adiknya akan mengulangkaji pelajaaran bersama-sama. Walaupun bertemankan
pelita minyak tanah yang malap cahayanya, mereka tetap tekun menelaah pelajaran
dan menyiapkan kerja rumah yang diberi oleh guru-guru mereka. Lantaran sikap
mereka yang tabah dan sabar, mereka sering mendapat markah yang cemerlang dalam
peperiksaan.
Tetapi, itu semua kisah lima belas tahun yang lalu. Kini
Amirul telah bergelar seorang jurutera di sebuah syarikat petroleum negara.
Adik-adiknya juga telah berjaya dalam pelajaran. Adik pertamanya telah menjadi
seorang doktor pakar di Kuala Lumpur manakala Adik
bongsunya masih menuntut di tahun akhir dalam bidang teknologi maklumat di Universiti Malaya. Kini,
kesusahan Amirul sekeluarga pada masa
lalu telah menjadi kenangan. Kisah keperitan hidup, ketabahan, dan kejayaan
Amirul serta adik-adiknya ini sesuai benar dengan peribahasa “Berakit-rakit ke
hulu berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu bersenang-senang kemudian”.
Label: contoh karangan UPSR
1 Ulasan:
Berkerjasama samalah dengan jiran Dan sailing Bantu mebantu antsrasatu sama lain
Catat Ulasan
Langgan Catat Ulasan [Atom]
<< Laman utama