Rabu, 24 Februari 2016

Karangan keperihalan "Cara-cara menghormati guru"


Soalan:

Guru seumpama ibu bapa kepada murid-murid semasa berada di sekolah. Oleh yang demikian guru perlu dihormati.

Tulis sebuah karangan bertajuk Cara-cara menghormati guru.

      Semasa kita berada di sekolah, gurulah yang menjaga dan mendidik kita. Guru seumpama ibu bapa kepada kita sepanjang masa kita berada di sekolah. Kerana peranan yang sebegini besar maka guru amat perlu dihormati sepanjang masa.

    Pelbagai cara boleh kita lakukan untuk menghormati guru. Salah satu caranya adalah dengan mengucapkan salam ketika kita bertemu dengan guru. Seorang guru akan merasa senang hati apabila murid-murid mengucapkan salam dan mendoakan kesejahteraanya.

   Seterusnya, sikap tekun belajar dan mendengar dengan teliti  setiap ajaran guru ketika berada di dalam kelas juga merupakan satu cara untuk  menghormati guru. Guru akan berasa bahagia dan dihargai apabila kita mendengar dengan teliti ketika mereka  mengajar. Guru kita pasti akan mengajar kita dengan penuh kesungguhan.

     Selain itu, kita juga boleh menghormati guru dengan cara bersikap sopan santun dan berbudi bahasa ketika bercakap dan bertanyakan soalan kepada guru. Murid yang berbudi bahasa dan bersopan santun juga akan lebih disayangi oleh guru. Sekiranya kita bersikap biadap ketika bercakap dan bertanyakan soalan kepada guru, sudah pasti akan membuatkan guru berasa terhina dan tidak dihormati. Oleh yang demikian kita hendaklah menjaga kelakuan kita ketika bercakap dengan guru.

    Di samping itu, jika kita melakukan kesilapan atau terlupa menyiapkan tugasan yang diberi oleh guru, kita hedaklah memohon maaf. Sebagaimana di rumah, sekiranya kita tersilap maka kita meminta maaf daripada ibu bapa kita. Demikian juga ketika berada di sekolah.  Murid yang meminta maaf dan mengakui kesilapan yang dilakukan akan membuatkan guru berasa senang hati dan berasa lebih dihargai dan dihormati.

     Kesimpulannya, banyak cara yang boleh kita lakukan untuk menghormati guru. Oleh yang demikian kita hendaklah sentiasa menghormati guru-guru kita kerana mereka telah menjalankan tanggungjawab mereka mendidik kita.

Label:

39 Ulasan:

Di 25 Ogos 2016 pada 8:08 PTG, Anonymous Tanpa Nama berkata...

kempen gaya hidup sihat

 
Di 4 September 2016 pada 9:36 PTG, Anonymous Tanpa Nama berkata...

terbaiklah

 
Di 2 Oktober 2016 pada 9:48 PG, Anonymous Tanpa Nama berkata...

Nama saya Aleeya
Saya rasakan karangan awak boleh dibuat contoh bagi murid-murid😓

 
Di 6 Oktober 2016 pada 7:51 PTG, Anonymous Tanpa Nama berkata...

Nama saya damia. Karangan awak ini boleh di jadikan panduan kepada saya.

 
Di 30 Oktober 2016 pada 10:20 PTG, Blogger Unknown berkata...

Sangat bagus karangan ini

 
Di 11 Januari 2017 pada 10:41 PTG, Anonymous Tanpa Nama berkata...

Wow..sungguh sempurna sekali ....Saya boleh menirunya untuk kerja sekolah

 
Di 31 Januari 2017 pada 12:31 PTG, Anonymous Tanpa Nama berkata...

Kenapa macam nak buat surat laporan nape

 
Di 18 Februari 2017 pada 8:32 PTG, Blogger Unknown berkata...

Kadang kadang saya tak ada idea nak buat karangan... Jadi saya buat panduan karangan awak ni

 
Di 26 Mac 2017 pada 7:16 PTG, Anonymous Tanpa Nama berkata...

Bagus karangan awk..

 
Di 25 April 2017 pada 6:01 PTG, Anonymous Tanpa Nama berkata...

Awak punya karangan sungguh hebat...i like your essay or article...😉

 
Di 4 Mei 2017 pada 5:51 PTG, Anonymous Tanpa Nama berkata...

Sangat bagus

 
Di 4 Mei 2017 pada 5:52 PTG, Anonymous Tanpa Nama berkata...

Bagusnya {{{{{{

 
Di 11 Mei 2017 pada 5:44 PTG, Anonymous Tanpa Nama berkata...

Memuaskan dan baik

 
Di 7 Jun 2017 pada 1:55 PTG, Blogger Unknown berkata...

hebat karangan ini saya dipuji oleh guru kerana karangan baik

 
Di 19 Jun 2017 pada 8:21 PTG, Blogger Miz berkata...

Karangan keperihalan tentang hari raya... boleh tolong bagi contoh?

 
Di 19 Jun 2017 pada 8:22 PTG, Blogger Miz berkata...

Karangan keperihalan tentang hari raya... boleh tolong bagi contoh?

 
Di 19 Jun 2017 pada 8:22 PTG, Blogger Miz berkata...

Karangan keperihalan tentang hari raya... boleh tolong bagi contoh?

 
Di 12 Julai 2017 pada 9:01 PTG, Blogger Unknown berkata...

sangat bagus karangan in kepada murid murid

 
Di 16 Julai 2017 pada 11:46 PG, Anonymous Tanpa Nama berkata...

Sangat bagus karangan kamu. Saya jadi panduan

 
Di 24 Julai 2017 pada 4:48 PTG, Anonymous Mamamami berkata...

Panduan utk anak saya buat karangan ..sangat membantu

 
Di 25 Julai 2017 pada 6:27 PTG, Anonymous Tanpa Nama berkata...

Memang hebat

 
Di 13 Ogos 2017 pada 10:58 PG, Anonymous Tanpa Nama berkata...

Bagus...boleh jadikan panduan murid murid

 
Di 13 Ogos 2017 pada 11:01 PG, Anonymous Tanpa Nama berkata...

Haah

 
Di 13 Ogos 2017 pada 11:13 PG, Anonymous Tanpa Nama berkata...

👍👍

 
Di 19 Ogos 2017 pada 3:54 PTG, Anonymous Tanpa Nama berkata...

Nice...

 
Di 20 Ogos 2017 pada 1:27 PTG, Anonymous Tanpa Nama berkata...

Inilah cara kita hormat guru tersayang kita.

 
Di 22 Ogos 2017 pada 7:50 PTG, Anonymous Tanpa Nama berkata...

Baguslah karangan ni.

 
Di 22 Ogos 2017 pada 7:55 PTG, Anonymous Tanpa Nama berkata...

Memang baguslah karangan ni

 
Di 19 Januari 2018 pada 10:15 PG, Blogger Ian berkata...

bukan ini karangan jenis fakta ker?

 
Di 15 Mac 2018 pada 9:17 PTG, Anonymous !^k@qs#%12dgs berkata...

...
bodoh!

 
Di 24 Mac 2018 pada 11:08 PTG, Anonymous Tanpa Nama berkata...

terbaik..... tapi boleh x kalau awak jadikan karangan ini kepada karangan bahagian B iaitu ulasan untuk darjah 6 UPSR

 
Di 24 Mac 2018 pada 11:08 PTG, Anonymous Tanpa Nama berkata...

terbaik..... tapi boleh x kalau awak jadikan karangan ini kepada karangan bahagian B iaitu ulasan untuk darjah 6 UPSR

 
Di 14 April 2018 pada 11:58 PG, Anonymous Tanpa Nama berkata...

terbaik lahhhhhhh

 
Di 19 Jun 2018 pada 3:19 PTG, Anonymous Tanpa Nama berkata...

Saya suka karangan awak. Saya rasa awak patut mengurangkan perkataan dalam karangan ini, saya juga terbaca ayat yang sama dalam satu ayat. Good luck

 
Di 17 Julai 2018 pada 6:57 PTG, Anonymous Tanpa Nama berkata...

Saya rasa ini bagus untuk kanak2 seusia saya

 
Di 21 Januari 2019 pada 6:29 PTG, Anonymous Tanpa Nama berkata...

merasa tu salah sepatutnya berasa

 
Di 29 April 2019 pada 1:31 PTG, Anonymous Tanpa Nama berkata...

sangat bagus ^ ^
___

 
Di 24 Julai 2019 pada 4:34 PTG, Anonymous Tanpa Nama berkata...

Baiklah 😉😉😉

 
Di 24 Ogos 2019 pada 8:22 PTG, Anonymous Tanpa Nama berkata...

Karangan yang sangat bagus n perfectos. I'm very like it.!!!!!!!

 

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama