Karangan ucapan- majlis persaraan guru kelas
Ucapan
Contoh soalan:
Guru kelas kamu akan bersara tidak beberapa lama lagi. Kamu dan
rakan-rakan sekelas telah mengadakan satu majlis untuk meraikan persaraan
tersebut. Kamu diminta untuk menyampaikan
ucapan sempena majlis tersebut.
Tulis ucapan kamu
selengkapnya.
Yang berusaha En Mazlan Bin Lazim selaku guru besar, Yang
diraikkan En. Azmi Bin Salleh , yang dihormati
guru-guru serta rakan-rakan yang
dikasihi.
Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih atas
kepercayaan yang diberikan kepada saya mewakili kelas 6 Zamrud untuk menyampaikan ucapan sempena persaraan En. Azmi Bin Salleh iaitu guru kelas yang sangat
kita kasihi.
Hari ini merupakan
hari terakhir Cikgu Azmi berada dalam kalangan kita dan menaburkan jasa serta
baktinya kepada kita semua. Sesungguhnya perkhidmatan serta jasanya di sekolah
ini sangatlah besar. Hampir setahun beliau menjadi guru kelas kami dan mengajar
mata pelajaran Bahasa Melayu kepada kami.
Sepanjang beliau
mendidik kami, begitu banyak bakti yang telah beliau taburkan tambahan pula
tidak beberapa lama lagi kami akan menempuh Peperiksaan UPSR. Segala bimbingan
dan tunjuk ajar yang telah diberikan
oleh Cikgu Azmi akan terus kami amalkan.
Kami amat berharap
agar Cikgu Azmi sentiasa dilimpahi rahmat dan sentiasa dalam keadaan sihat
sejahtera. Kami berdoa semoga Cikgu Azmi
dapat menempuh usia persaraan dengan gembira di samping keluarga
tercinta.
Sebelum saya
mengundurkan diri, izinkan saya menyampaikan serangkap pantun lama buat cikgu
Azmi:
Pulau
Pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik Bercabang tiga,
Hancur
badan dikandung tanah,
Budi
yang baik dikenang juga.
Sekian, terima kasih.
Label: contoh karangan UPSR
0 Ulasan:
Catat Ulasan
Langgan Catat Ulasan [Atom]
<< Laman utama