Surat kiriman tidak rasmi- surat kepada nenek di kampung
Surat kiriman tidak rasmi
Contoh soalan:
Cuti pertengahan penggal persekolahan akan tiba
tidak beberapa lama lagi. Kamu bercadang hendak
tinggal bersama datuk dan nenek kamu di kampung.
Tulis sepucuk
surat kepada datuk dan nenek kamu untuk memaklumkan hal tersebut.
Husna Nabila Binti Zaidi,
Lot 235, Taman Kurnia
Impian,
16100 Pengkalan Chepa,
Kelantan.
8 JUN
2015.
Kehadapan nenda yang diingati selalu semoga berada
dalam keadaan sihat walafiat. Cucunda
sekeluarga di sini sihat-sihat sahaja.
Nenda yang diingati,
Untuk
pengetahuan nenda berdua, cuti sekolah akan tiba tidak beberapa lama lagi. Pada
cuti kali ini, cucunda bercadang untuk pulang ke kampong dan tinggal
bersama-sama nenda berdua. Hal ini sudah lama cucunda rancangkan. Ayahnda dan
bonda pun telah bersetuju dengan rancangan
cucunda.
Walaubagaimanapun, ayahnda tidak dapat menghantar cucunda pulang ke kampung. Hal ini adalah kerana ayahnda
tidak mendapat cuti kerana perlu menghadiri mesyuarat di pejabatnya. Oleh yang
demikian, cucunda terpaksa pulang ke kampung nenda dengan menaiki bas ekspress.
Cucunda
akan menaikki bas ekspress di Bandar Kota Bharu kira-kira pada pukul 10.00 pagi.
Cucunda berharap agar nenda berdua menunggu cucunda di setesen bas Gua Musang.
Cucunda
tidak sabar-sabar lagi untuk ke kampung nenda. Cucunda telah merancang pelbagai
aktiviti di kampung nanti. Cucunda sangat berharap agar berpeluang belajar
membuat wau daripada nenda. Selain itu, cucunda juga berkeinginan hendak
memancing di sungai yang terdapat di belakang ruamah nenda. Cucunda telah
terbayangkan keseronokannya.
Sekian
dahulu untuk kali ini. Cucunda mendoakan semoga kita dapat bersua pada cuti
sekolah yang akan datang.
Yang benar
Husna Nabila
0 Ulasan:
Catat Ulasan
Langgan Catat Ulasan [Atom]
<< Laman utama