Karangan laporan - Laporan lawatan sambil belajar
Laporan
Contoh soalan: Persatuan Bahasa Melayu sekolah kamu telah
mengadakan satu lawatan sambil belajar ke sebuah kilang
membuat kain batik.
Sebagai setiausaha Persatuan Bahasa Melayu, kamu dikehendaki menulis sebuah laporan tentang lawatan
tersebut.
Tulis laporan itu selengkapnya.
Laporan
Lawatan Sambil Belajar Ke Kilang Batik
Pada 3 Jun
2015 yang lalu, Persatuan Bahasa Melayu
Sekolah Kebangsaan Pengkalan Chepa telah mengadakan satu lawatan sambil belajar
ke Kilang Batik Nusa Jaza yang terletak di Kawasan Perindustrian Pengkalan
Chepa.
Tujuan utama lawatan
tersebut adalah untuk menambahkan pengetahuan ahli-ahli persatuan cara-cara
membuat kain batik. Selain itu, lawatan ini juga bertujuan untuk memberi
pendedahan kepada ahli-ahli persatuan tentang kepentingan perusahaan batik
kepada ekonomi penduduk setempat.
Lawatan yang disertai
oleh tiga puluh orang ahli persatuan dengan diiringi oleh tiga orang guru ini
telah bertolak dari sekolah dengan sebuah bas. Kami bertolak pada pukul
10.00 pagi dan tiba di kilang batik
tersebut pada pukul 10.30 pagi.
Setibanya di sana, kami telah diberi taklimat oleh pengurus
kilang tersebut. Dalam taklimatnya, pengurus kilang iaitu En. Osman Ahmad mengucapkan terima kasih atas kesudian
kami melawat ke kilang batiknya. Setelah selesai taklimat kami diiringi oleh
dua orang penyelia kilang tersebut untuk melihat cara-cara memproses kain
batik.
Kami sangat terpesona melihat kemahiran para
pekerja mencanting dan melukis batik. Corak-corak batik yang dihasilkan sangat menarik dan bermutu tinggi.
Ahli-ahli persatuan juga mendapat pengetahuan baru apabila diberi peluang
mencanting dan mewarna batik.
Sebelum pulang, Pihak
kilang batik telah memberikan cederamata berupa sehelai kain batik yang dilukis
khas untuk Persatuan Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan Pengkalan Chepa. Kami
amat gembira menerima cenderahati tersebut.
Laporan disediakan oleh, 10 JUN
2015
Amar
Muhaimmin
(AMAR MUHAIMIN)
Setiausaha,
Persatuan Bahasa Melayu,
Sekolah Kebangsaan Pengkalan Chepa
22 Ulasan:
laporan yg terbaik
thank you☺😊
tak mengapa
Kurang isi. Sila tingkatkan lg.
Laporan yang bagus.Thanks
Laporan yg terbaik
Terima kasih
sangat terbaik.....
👍
very nice i like it
kurang menepati soalan
terbaik lah teruskan
ia menolong saya megambil markah yang baik.....
laporan yg terbaik !!!
mmbantu sya untuk lebih mmemahami tentang karangn laporan
Nombor tulis dalam angka bukan perkataaan
wtf
Panjang sangat tapi terboikk
bolehlah...
Terima kasih :)
karangan laporan memang kena ada signature ker..
#tibeii
Haiii
I like this karangan
Catat Ulasan
Langgan Catat Ulasan [Atom]
<< Laman utama