Selasa, 11 Julai 2023

"KATA PEMERI"

 

Kata Pemeri

Mengikut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (Nik Safiah Karim et.al: 2004:250), kata pemeri ialah unsur yang menjadi pemeri hal / perangkaI dengan frasa-frasa utama dalam predikat. Penggunaan kata pemeri ialah di hadapan frasa nama dan kata pemeri di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Kata pemeri menceritakan subjek atau kata yang menghubungkan subjek dengan frasa-frasa utama dalam predikat.
Secara mudahnya kata pemeri ialah perkataan yang menghubungkan subjek dengan frasa-frasa utama dalam predikat. Terdapat dua jenis  di dalam Bahasa Melayu iaitu:

1. ialah
2. adalah

Penggunaan kata pemeri ialah:

 (Mengikut khidmat nasihat  Pusat Rujukan Persuratan Melayu) Kata pemeri  ialah menunjukkan persamaan dan hadir di hadapan frasa nama.

Contoh ayat:
1. Perempuan yang cantik itu ialah ibu saya.

    ialah = kata pemeri

    ibu saya = frasa nama


2. Cikgu Mazlinda ialah guru bahasa melayu kelas saya.

      ialah = kata pemeri

     guru bahasa melayu kelas saya = frasa nama

Penggunaan kata pemeri adalah:

(Menurut Pusat Rujukan Persuratan Melayu)  kata pemeri adalah menunjukkan huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama.
Contoh ayat:

1. Hadiah yang cantik ini  adalah daripada murid-murid tahun 5 Usaha.

     adalah = kata pemeri

    daripada murid-murid tahun 5 Usaha = frasa sendi nama

2. Nasihat ustaz itu adalah sangat penting.

   adalah = kata pemeri

   sangat penting = frasa adjektif


Latihan: 

Lengkapkan ayat dengan kata pemeri yang betul.

1. Nur Aina __________ ketua murid di sekolahnya.

                   A  ialah             B adalah

2. Kempen membaca itu diadakan _____________ bertujuan memupuk minat membaca   

    dalam kalangan murid-murid sekolah rendah.

                    A adalah         B ialah

3.  Murid yang dinobatkan sebagai tokoh murid tahun ini __________ daripada kelas 5 Iltizam.

                  A ialah              B adalah

4. Pemilik salon kecantikan itu _______________ Puan Noraini.

                  A ialah            B adalah


5. Warga emas ___________ golongan yang berisiko tinggi dijangkiti penyakit Covid-19.

                 A  ialah         B  adalah


 


Label: ,

Isnin, 10 Julai 2023

'Kata Ganti Nama"

Label:

Jumaat, 28 Oktober 2022

"Kata Adjektif atau Kata Sifat"

 Nota : Kata Adjektif (Kata Sifat)


  1. Kata adjektif juga dikenali sebagai kata sifat


  1. Digunakan untuk menerangkan keadaan sesuatu benda, tempat, orang, binatang dan sebagainya.


  1. Boleh didahului atau diikuti oleh kata penguat seperti ter-, amat-, sungguh-, paling- dan sekali- (contoh : terpandai, paling pandai, sungguh pandai, amat pandai, pandai sekali.)


  1. Kata adjektif juga boleh didahului oleh kata bantu seperti masih, dapat, dan akan

(contoh: masih jauh, akan mahir, masih kecil)


  1. Kata adjektif terbahagi kepada 9 jenis iaitu:






Jenis Kata Adjektif

Contoh

Ayat Contoh

Sifatan/keadaan

Baik, nakal, berani

Hang Tuah berani menentang musuh.

Warna

Biru, hijau, merah, ...

Saya menulis dengan pen biru.

Ukuran

Pendek, panjang, tinggi, rendang

Pokok mangga itu sangat rendang.

Bentuk

Bujur, pipih, kempis

Muka Ameera bujur sirih.

Jarak

Dekat, jauh, nyaris

Rumah saya jauh dari sini.

Cara

Mahir, deras, selalu

Pahlawan itu sungguh mahir bersilat

Perasaan

Rindu, berang, sayang

Ibu rindu akan abang yang berada di Kuala Lumpur.

Pancaindera

Manis, pahit, kelat

Pahit getir yang dialaminya amat terkesan dihatinya

Waktu

Silam, kini, sekarang

Sejarah silam patut diambil sebagai pengajaran.




Latihan penggunaan kata adjektif dalam ayat.

Arahan: jawab semua soalan. pilih jawapan yang paling sesuai.

1. Ketika cuaca panas, kita digalakkan memakai baju berwarna _________ dan ________

A cerah .... tipis B hitam .... tipis C cerah ......tebal

2. Ramai orang suka bercuti di kawasan tanah tinggi kerana cuacanya lebih __________

A panas B nyaman C cerah


3. "Kita perlu bertolak ke sana __________ pagi" kata ayah kepada ibu.

A lewat B cepat C awal

4. Pak Man yang berbadan ____________ itu masih __________ walaupun telah lanjut usia.

A kurus ....... letih B kurus .... sihat C gagah ...... letih


5. Peristiwa ____________ masih lagi segar dalam ingatan Amalina.

     A   lambat                   B  silam            C  usang


6.  Tempoh yang diberikan oleh gurunya untuk menyiapkan latihan itu sangat _____________

A cepat B segera C suntuk


- Selamat mencuba-

Klik Link Jawapan soalan latihan di bawah untuk mendapatkan jawapan yang betul;



Label:

Ahad, 15 Mei 2022

Penjodoh Bilangan


 

Label:

Sabtu, 18 April 2020

Kata Majmuk



Kata Majmuk

Kata adalah rangkaian dua kata dasar atau lebih yang membawa maksud baharu. 
Kata majmuk dieja terpisah. Namun demikian, terdapat juga kata majmuk yang
 dieja sebagai satu perkataan kerana bentuknya yang mantap.

  1. Kata majmuk dieja terpisah terbahagi kepada tiga kumpulan iaitu:
  1. Kata majmuk rangkai kata bebas
  2. Kata majmuk istilah khusus
  3. Kata majmuk kiasan

i) Contoh kata majmuk rangkaikata bebas.

Kuning langsat
Biru laut
Terima kasih
Kapal terbang
Jalan raya
Lebuh raya
Kapal laut
Hari raya
Pasar raya
Alat tulis
Bandar raya
Gambar rajah
Ketua menteri
Menteri besar
Perdana menteri
Naib canselor
Profesor madya
Tengah hari
Jam tangan
Merah muda
Kipas angin
Guru besar
Bom tangan
Nasi minyak
Balai polis 
Duta besar
Meja tulis






ii. Antara kata majmuk istilah khusus:

Akar tunjang
Meter padu
Alam haiwan
Baja kimia
Gempa bumi
Kertas turas
Gunung berapi
Batu kapur
Ukur lilit
Deria rasa
Urus setia
Gerak balas
Mata pelajaran
Garis pusat
Kertas kerja


iii. Antara kata majmuk maksud kiasan :

Lidah bercabang
Kaki ayam
Duit kopi
Buah hati
Cari jalan
Campur tangan
Durian runtuh
Makan angin
Atas pagar
Alas perut
Pilih kasih
Cangkul angin
Darah daging
Makan hati
Makan suap


2. Contoh kata majmuk yang telah mantap penggunaannya dan dieja bercantum:
warganegara
olahraga
jawatankuasa
kakitangan
antarabangsa
bumiputera
beritahu
tandatangan
tanggungjawab
suruhanjaya
matahari
sukarela



3. Penggandaan kata majmuk

Penggandaan Kata Majmuk melibatkan penggandaan unsur pertama kata sahaja.

Contohnya :
Alat tulis         = alat-alat tulis
Gambar rajah =   gambar-gambar rajah
Balai raya       = balai-balai raya
Kapal terbang =   kapal-kapal terbang
Suku kata        = suku-suku kata
Garis pusat      = garis-garis pusat
Menteri besar   = menteri-menteri Besar
Naib canselor =   naib-naib Canselor
Penolong pendaftar =  Penolong-Penolong Pendaftar

Penggandaan kata majmuk yang melibatkan bentuk yang mantap; penggandaannya melibatkan keseluruhan unsur.

Contohnya :
~ pesuruhjaya-pesuruhjaya
~ warganegara-warganegara
~ tandatangan-tandatangan
~ jawatankuasa-jawatankuasa
~ setiausaha-setiausaha
4. Pengimbuhan kata majmuk 

Kata majmuk boleh menerima imbuhan untuk membentuk kata terbitan

Terdapat dua kaedah pengimbuhan  kata majmuk

1) apabila kata majmuk 
  • menerima imbuhan awalan atau akhiran sahaja, 
  • ejaannya tetap terpisah.

Contoh:

campur aduk                       → bercampur aduk
litar selari                            → berlitar selari
ambil alih                             → mengambil alih
temu bual                            → ditemu bual
daya serap                          → daya serapan
kemas kini                           → mengemas kini


2) apabila kata majmuk
  •  menerima imbuhan apitan,
  •  ejaannya menjadi bercantum. 


Contohnya:

campur aduk                      → mencampuradukkan
daya serap                         → kedayaserapan
garis pusat                         → mengarispusatkan
satu padu                           → menyatupadukan

tunjuk ajar                           → menunjukajarkan

Label: