Selasa, 11 Julai 2023

"TAPAK RPH BAHASA MELAYU TAHUN 6 2023"

 Assalam para guru


Posting kali ini saya ingin berkongsi Tapak RPH mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun 6 untuk Tahun 2023.

Tapak RPH ini saya hasilkan menggunakan MS WORD sahaja. Tapak ini boleh diedit mengikut kesesuaian kelas dan sekolah masing-masing menggunakan fungsi developer yang terdapat dalam MS Word.

Sekiranya ingin menggunakannya boleh scan QR Code di bawah.

Sekian terima kasih.

"KATA PEMERI"

 

Kata Pemeri

Mengikut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (Nik Safiah Karim et.al: 2004:250), kata pemeri ialah unsur yang menjadi pemeri hal / perangkaI dengan frasa-frasa utama dalam predikat. Penggunaan kata pemeri ialah di hadapan frasa nama dan kata pemeri di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Kata pemeri menceritakan subjek atau kata yang menghubungkan subjek dengan frasa-frasa utama dalam predikat.
Secara mudahnya kata pemeri ialah perkataan yang menghubungkan subjek dengan frasa-frasa utama dalam predikat. Terdapat dua jenis  di dalam Bahasa Melayu iaitu:

1. ialah
2. adalah

Penggunaan kata pemeri ialah:

 (Mengikut khidmat nasihat  Pusat Rujukan Persuratan Melayu) Kata pemeri  ialah menunjukkan persamaan dan hadir di hadapan frasa nama.

Contoh ayat:
1. Perempuan yang cantik itu ialah ibu saya.

    ialah = kata pemeri

    ibu saya = frasa nama


2. Cikgu Mazlinda ialah guru bahasa melayu kelas saya.

      ialah = kata pemeri

     guru bahasa melayu kelas saya = frasa nama

Penggunaan kata pemeri adalah:

(Menurut Pusat Rujukan Persuratan Melayu)  kata pemeri adalah menunjukkan huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama.
Contoh ayat:

1. Hadiah yang cantik ini  adalah daripada murid-murid tahun 5 Usaha.

     adalah = kata pemeri

    daripada murid-murid tahun 5 Usaha = frasa sendi nama

2. Nasihat ustaz itu adalah sangat penting.

   adalah = kata pemeri

   sangat penting = frasa adjektif


Latihan: 

Lengkapkan ayat dengan kata pemeri yang betul.

1. Nur Aina __________ ketua murid di sekolahnya.

                   A  ialah             B adalah

2. Kempen membaca itu diadakan _____________ bertujuan memupuk minat membaca   

    dalam kalangan murid-murid sekolah rendah.

                    A adalah         B ialah

3.  Murid yang dinobatkan sebagai tokoh murid tahun ini __________ daripada kelas 5 Iltizam.

                  A ialah              B adalah

4. Pemilik salon kecantikan itu _______________ Puan Noraini.

                  A ialah            B adalah


5. Warga emas ___________ golongan yang berisiko tinggi dijangkiti penyakit Covid-19.

                 A  ialah         B  adalah


 


Label: ,

Isnin, 10 Julai 2023

'Kata Ganti Nama"

Label:

Rabu, 5 Julai 2023

"Karangan Pidato - Kesihatan mental"


Soalan : Kamu dikehendaki menyampaikan sebuah Pidato bertajuk "Jaga Kesihatan Mental, Sihatkan Minda Kita" sempena minggu kesihatan di sekolah kamu.

Tulis Teks pidato kamu selengkapnya.


Yang saya hormoti tuan dan guru besar ,guru guru  rakan - rakan . Tajuk pidato saya pada pagi ini ialah " Jaga kesihatan  Mental , Sihatkan Minda kita " . 

Hadirin yang saya hormati , 

     Kesihatan Mental ialah kemampuan seseorang untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran . Selain itu , Kesihatan mental sering kali dikaitkan dengan individu yang  sentiasa  berfikiran positif . 

         Kesihatan mental amat perlu dijaga . Kesihatan mental  yang baik akan menghasilkan kualiti  hidup yang baik . Seorang itu mampu mengekalkan kehidupan yang yang harmoni dan  dapat menyertai aktiviti kemasyarakatan .

Hadirin yang saya kasihi,

          Gangguan kesihatan mental boleh terjadi disebabkan beberapa faktor . Antaranya ialah seseorang mempunyai masalah keluarga contohnya keluarga yang tidak bahagia atau berpecah belah. Selain itu, orang mengalami tekanan hidup  dan masalah kewangan juga  boleh terganggu mental

     Namun demikian , gangguan mental boleh diatasi dengan beberapa cara. Antaranya dengan cara mengamalkan pemakanan  seimbang dan sihat.  Ganguan Mental juga boleh diatasi dengan bersenam Secara teratur . Selain itu, sentaisalah berfikiran  positif dan menerima segala cabaran dengan minda terbuka juga mempakan cara yang baik untuk  mengatasi masalah gangguan mental . 

Kesimpulannya , Kesihatan mental yang baik akan menghasilkan gaya hidup yang cergas dan minda yang sihat.

Sekian, Terima kasih.


Label: ,