Khamis, 15 Februari 2018

VIDEO - TATABAHASA TAHAP 2 (BINAAN AYAT)


Ayat ialah unit pengucapan yang paling tinggi dalam susunan tatabahasa. Ia mempunyai makna yang lengkap. Ayat terditri daripada satu perkataan atau susunan beberapa perkataan yang diungkapkan dengan intonasi yang sempurna.

Ayat terdiri daripada dua kategori iaitu ayat dasar dan ayat terbitan.Ayat dasar ialah ayat mudah yang dapat ditransformasikan untuk membentuk aya terbitan. Ayat dasar dan ayat terbitan ini pula mempunyai pelbagai ragam ayat antaranya:-

a ) Ayat penyata
b ) Ayat tanya
c ) Ayat perintah
d ) Ayat seruan
e ) Ayat aktif
f ) Ayat pasif
g ) Ayat gabungan dan pelbagai jenis ayat yang lain

Unsur yang terkandung dalam ayat ialah klausa. Bilangan klausa dalam sesuatu ayat akan menentukan sama ada ayat tersebut ayat tunggal atau ayat majmuk.

Video di bawah dapat membantu murid-murid memahami cara binaan ayat.



Label:

VIDEO TATABAHASA TAHAP 1- KATA KERJA TAK TRANSITIF


Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang boleh berdiri sendiri, ia tidak memerlukan objek atau penyambut selepasnya.
Kata kerja ini boleh dibahagikan kepada dua iaitu:


i Kata Kerja Tak Transitif Berpelengkap
ii) Kata Kerja Tak Transitif Tanpa Pelengkap

Untuk memahami penggunaan kata kerja tak transitif, murid-murid boleh menonton video di bawah.


Label:

VIDEO (TATABAHASA TAHAP 1 -KATA ADJEKTIF (KATA SIFAT)



Kata Adjektif ialah perkataan yang menerangkan sifat atau keadaan sesuatu
kata nama seperti hitam, besar, kuat, banyak dan sedikit. sifat atau keadaan sesuatu benda, orang, tempat, binatang, dan sebagainya Kata adjektif juga dikenal sebagai kata sifat.

Saksikan video di bawah untuk membantu adik-adik memahami penggunaan kata adjektif.


Label: