Selasa, 11 Julai 2023

"KATA PEMERI"

 

Kata Pemeri

Mengikut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (Nik Safiah Karim et.al: 2004:250), kata pemeri ialah unsur yang menjadi pemeri hal / perangkaI dengan frasa-frasa utama dalam predikat. Penggunaan kata pemeri ialah di hadapan frasa nama dan kata pemeri di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Kata pemeri menceritakan subjek atau kata yang menghubungkan subjek dengan frasa-frasa utama dalam predikat.
Secara mudahnya kata pemeri ialah perkataan yang menghubungkan subjek dengan frasa-frasa utama dalam predikat. Terdapat dua jenis  di dalam Bahasa Melayu iaitu:

1. ialah
2. adalah

Penggunaan kata pemeri ialah:

 (Mengikut khidmat nasihat  Pusat Rujukan Persuratan Melayu) Kata pemeri  ialah menunjukkan persamaan dan hadir di hadapan frasa nama.

Contoh ayat:
1. Perempuan yang cantik itu ialah ibu saya.

    ialah = kata pemeri

    ibu saya = frasa nama


2. Cikgu Mazlinda ialah guru bahasa melayu kelas saya.

      ialah = kata pemeri

     guru bahasa melayu kelas saya = frasa nama

Penggunaan kata pemeri adalah:

(Menurut Pusat Rujukan Persuratan Melayu)  kata pemeri adalah menunjukkan huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama.
Contoh ayat:

1. Hadiah yang cantik ini  adalah daripada murid-murid tahun 5 Usaha.

     adalah = kata pemeri

    daripada murid-murid tahun 5 Usaha = frasa sendi nama

2. Nasihat ustaz itu adalah sangat penting.

   adalah = kata pemeri

   sangat penting = frasa adjektif


Latihan: 

Lengkapkan ayat dengan kata pemeri yang betul.

1. Nur Aina __________ ketua murid di sekolahnya.

                   A  ialah             B adalah

2. Kempen membaca itu diadakan _____________ bertujuan memupuk minat membaca   

    dalam kalangan murid-murid sekolah rendah.

                    A adalah         B ialah

3.  Murid yang dinobatkan sebagai tokoh murid tahun ini __________ daripada kelas 5 Iltizam.

                  A ialah              B adalah

4. Pemilik salon kecantikan itu _______________ Puan Noraini.

                  A ialah            B adalah


5. Warga emas ___________ golongan yang berisiko tinggi dijangkiti penyakit Covid-19.

                 A  ialah         B  adalah


 


Label: ,

Ahad, 26 April 2020

Kuiz Online Soalan Aras UPSR 1



Assalam dan salam sejahtera, sebagai perkongsian sepanjang cuti PKP, saya ingin berkongsi kuiz online untuk anda yang singgah di blog saya yang serba kekurangan ini. Semoga perkongsian ini bermanfaat .





Label:

Sabtu, 25 April 2020

Kuiz Online Kata Hubung

ssalam dan salam sejahtera, sebagai perkongsian sepanjang cuti PKP, saya ingin berkongsi kuiz online untuk anda yang singgah di blog saya yang serba kekurangan ini. Semoga perkongsian ini bermanfaat .








Label:

Ahad, 19 April 2020

"Kuiz Online Kata Majmuk"



Assalam dan salam sejahtera, sebagai perkongsian sepanjang cuti PKP, saya ingin berkongsi kuiz online untuk anda yang singgah di blog saya yang serba kekurangan ini. Semoga perkongsian ini bermanfaat .




Label:

"Kuiz online Kata Bilangan"



Assalam, sempena cuti PKP saya ingin berkongsi soalan kuiz online, semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada pelayar blog saya..








Label:

"Kuiz online Kata Ganda"




Assalam dan salam sejahtera, sempena cuti PKP saya berkongsi soalan kuiz Bahasa Melayu. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua yang melayari blog saya.


Label:

Isnin, 4 April 2016

Kuiz tatabahasa UPSR

Label:

Sabtu, 12 Mac 2016

"Kuiz oline Kata Bantu"

Label:

"Kuiz online Kata Bilangan"

Label:

Rabu, 2 Mac 2016

Kuiz Online "Bahasa Melayu Kertas 1 (Bahagian A)"

Label:

Isnin, 8 Februari 2016

"Penjodoh bilangan"


Latihan Tatabahasa 1.

Penjodoh bilangan

Arahan: Pilih jawapan yang paling sesuai

1.  Pn Maimun mengakhiri ucapannya dengan ______________ pantun.
     A  sebatang                         C  seuntai
     B  sebuah                            D  serangkap

2. Se ________________ kerusi yang terletak di hadapan dewan adalah untuk para      
    tetamu kehormat.

    A  buah                                   C  pasang
    B  baris                                   D  batang

3. Seorang murid Tahun Enam Zamrud menghadiahi Cikgu Rosnah lima _______________      bunga ros   merah sempena sambutan Hari Guru.
 
  A  batang                                   C  ikat
  B  kuntum                                  D   berkas

4.  Beberapa _______________ batang jalan di Melaka terpaksa  ditutup kepada semua    
     kenderaan kerana dinaiki air sedalam 3 meter.

   A  buah                                   C  batang
   B  ketul                                    D  gugus

5.  Pn. Rosnita  membeli  beberapa _______________ majalah dan buku berkunjung ke    
     kedai  buku tersebut.

      A   biji                                        C  butir         
      B   naskhah                               B  helai

6.  Pak Manaf menanam beberapa _____________ serai di  belakang rumahnya untuk  
     kegunaan harian.

       A   batang                                C  rumpun

       B    jambak                               D  kuntum

Label: