"Kata Adjektif atau Kata Sifat"
Nota : Kata Adjektif (Kata Sifat)
Kata adjektif juga dikenali sebagai kata sifat
Digunakan untuk menerangkan keadaan sesuatu benda, tempat, orang, binatang dan sebagainya.
Boleh didahului atau diikuti oleh kata penguat seperti ter-, amat-, sungguh-, paling- dan sekali- (contoh : terpandai, paling pandai, sungguh pandai, amat pandai, pandai sekali.)
Kata adjektif juga boleh didahului oleh kata bantu seperti masih, dapat, dan akan
(contoh: masih jauh, akan mahir, masih kecil)
Kata adjektif terbahagi kepada 9 jenis iaitu:
Latihan penggunaan kata adjektif dalam ayat.
Arahan: jawab semua soalan. pilih jawapan yang paling sesuai.
1. Ketika cuaca panas, kita digalakkan memakai baju berwarna _________ dan ________
A cerah .... tipis B hitam .... tipis C cerah ......tebal
2. Ramai orang suka bercuti di kawasan tanah tinggi kerana cuacanya lebih __________
A panas B nyaman C cerah
3. "Kita perlu bertolak ke sana __________ pagi" kata ayah kepada ibu.
A lewat B cepat C awal
4. Pak Man yang berbadan ____________ itu masih __________ walaupun telah lanjut usia.
A kurus ....... letih B kurus .... sihat C gagah ...... letih
5. Peristiwa ____________ masih lagi segar dalam ingatan Amalina.
A lambat B silam C usang
6. Tempoh yang diberikan oleh gurunya untuk menyiapkan latihan itu sangat _____________
A cepat B segera C suntuk
- Selamat mencuba-
Klik Link Jawapan soalan latihan di bawah untuk mendapatkan jawapan yang betul;
Label: Nota Tatabahasa UPSR
0 Ulasan:
Catat Ulasan
Langgan Catat Ulasan [Atom]
<< Laman utama