Kata Majmuk
Kata Majmuk
Kata adalah rangkaian dua kata dasar atau lebih yang membawa maksud baharu.
Kata majmuk dieja terpisah. Namun demikian, terdapat juga kata majmuk yang
dieja sebagai satu perkataan kerana bentuknya yang mantap.
- Kata majmuk dieja terpisah terbahagi kepada tiga kumpulan iaitu:
- Kata majmuk rangkai kata bebas
- Kata majmuk istilah khusus
- Kata majmuk kiasan
i) Contoh kata majmuk rangkaikata bebas.
ii. Antara kata majmuk istilah khusus:
iii. Antara kata majmuk maksud kiasan :
2. Contoh kata majmuk yang telah mantap penggunaannya dan dieja bercantum:
3. Penggandaan kata majmuk
Penggandaan Kata Majmuk melibatkan penggandaan unsur pertama kata sahaja.
Contohnya :
Alat tulis = alat-alat tulis
Gambar rajah = gambar-gambar rajah
Balai raya = balai-balai raya
Kapal terbang = kapal-kapal terbang
Suku kata = suku-suku kata
Garis pusat = garis-garis pusat
Menteri besar = menteri-menteri Besar
Naib canselor = naib-naib Canselor
Penolong pendaftar = Penolong-Penolong Pendaftar
Penggandaan kata majmuk yang melibatkan bentuk yang mantap; penggandaannya melibatkan keseluruhan unsur.
Contohnya :
~ pesuruhjaya-pesuruhjaya
~ warganegara-warganegara
~ tandatangan-tandatangan
~ jawatankuasa-jawatankuasa
~ setiausaha-setiausaha
4. Pengimbuhan kata majmuk
Kata majmuk boleh menerima imbuhan untuk membentuk kata terbitan
Terdapat dua kaedah pengimbuhan kata majmuk
1) apabila kata majmuk
- menerima imbuhan awalan atau akhiran sahaja,
- ejaannya tetap terpisah.
Contoh:
campur aduk → bercampur aduk
litar selari → berlitar selari
ambil alih → mengambil alih
temu bual → ditemu bual
daya serap → daya serapan
kemas kini → mengemas kini
2) apabila kata majmuk
- menerima imbuhan apitan,
- ejaannya menjadi bercantum.
Contohnya:
campur aduk → mencampuradukkan
daya serap → kedayaserapan
garis pusat → mengarispusatkan
satu padu → menyatupadukan
tunjuk ajar → menunjukajarkan
Label: Nota Tatabahasa UPSR
0 Ulasan:
Catat Ulasan
Langgan Catat Ulasan [Atom]
<< Laman utama