Isnin, 18 September 2017

Kelebihan Belajar Secara Berkumpulan

Soalan: Belajar secara berkumpulan merupakan satu daripada langkah untuk kita membuat persediaan menghadapi peperiksaan. Tulis sebuah karangan tentang kelebihan belajar secara berkumpulan.

Karangan: Kelebihan Belajar secara berkumpulan

Banyak cara yang boleh kita lakukan untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan. Kita boleh membaca buku, membuat banyak latihan, dan belajar secara berkumpulan. Belajar secara berkumpulan membawa maksud kita belajar bersama-sama rakan-rakan kita.
    Banyak kelebihan belajar secara berkumpulan. Antara kelebihan belajar secara berkumpulan ialah kita dapat menambah pengetahuan. Hal ini demikian kerana apabila kita belajar secara berkumpulan, kita dapat mengadakan perbincangan. Semasa perbincangan, pelbagai idea dan pendapat akan terhasil. Pendapat-pendapat tersebut merupakan pengetahuan baharu untuk kita.
   Selain itu, belajar dalam kumpulan juga memudahkan kita memahami sesuatu tajuk pelajaran. Sebagai contohnya sekiranya kita tidak dapat memahami sesuatu topik , rakan kita akan dapat menerangkan kepada kita secara lebih mendalam. Hal ini sudah tentu akan dapat membantu kita untuk menghadapi peperiksaan.
    Di samping itu, apabila belajar secara berkumpulan, kita dapat mengeratkan hubungan persahabatan dengan rakan-rakan yang lain. Semasa belajar sudah pasti kita akan saling bertanya khabar, kenal-mengenali dan bergurau senda. Hal ini sudah pasti akan  mewujudkan hubungan yang lebih akrab antara satu sama lain.
    Belajar secara berkumpulan dapat juga membantu kita mengatasi rasa bosan ketika belajar. Semasa belajar bersama-sama,  kita berpeluang mengadakan perbincangan, mengeluarkan pendapat, menjawab tugasan dan menulis nota. Aktiviti sebegini akan dapat mengelakkan kita merasa bosan dan tertekan. Aktiviti sebegini tidak dapat kita lakukan jika belajar secara bersendirian.

   Kesimpulannya, Belajar secara berkumpulan banyak memberi kebaikan kepada kita kerana ia merupakan kaedah belajar yang sihat dan dapat membantu kita mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan. 

Label:

7 Ulasan:

Di 3 April 2020 pada 7:29 PTG, Blogger Unknown berkata...

karangan ini sangat berkualiti kerana terdapat kata bunga yang baik...saya telah mendapat isi yang berkualiti dengan membaca karangan ini...terima kasih...

 
Di 14 Julai 2020 pada 12:56 PTG, Blogger Miss Pilot berkata...

Karangan ini banyak membantu saya menjawab soalan karangan bahagian C..tq..Saya juga ingin korang semua untuk view,comment dn follow blog saya..iaitu..( littlehijabstylish.blogspot.com )..tq so much..😉😍😘😘😘😊

 
Di 14 Julai 2020 pada 1:28 PTG, Anonymous FFSS LOVELY WORLD berkata...

Karangan ini amat menakjubkan..i love it..sangat membantu saya untuk menjawab soalan karangan bahagian C..Isi isinya amat menakjubkan..TAHNIAHHHH!👏🎉🎉🎊..

Akhir kata..tlg VIEW..COMMENT AND FOLLOW BLOG SAYA..ESPECIALLY PLEASEEE COMMENT..
( littlehijabstylish.blogspot.com )..tq and gudbye..😘😊😉

 
Di 3 Ogos 2020 pada 11:02 PTG, Anonymous Unknown berkata...

AMIRUL SHAHRIN HENSEM

 
Di 15 Ogos 2020 pada 9:35 PTG, Blogger Unknown berkata...

Hmmm.... Boleh tahan aku punya lagi bagus 😎

 
Di 28 September 2020 pada 11:14 PTG, Blogger NAVI berkata...

Terima kasih banyakk ye...Karangan ini sangat bagus dan ia menolong saya menyiapkan kerja sekolah saya dengan memberi banyak idea yg baik....TQ again...Tolong upload banyak lagi contoh karangan ye

 
Di 1 Disember 2020 pada 10:18 PG, Blogger Unknown berkata...

Sangat membantu saya untuk menyiapkan kerja sekolah..❤

 

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama