Sabtu, 21 Mei 2016

Penulisan Bahagian B UPSR Format Baharu 2016











KARANGAN UPSR BAHAGIAN B FORMAT BAHARU 2016

Panduan umum

Soalan Bahasa Melayu Kertas 2 Penulisan terbahagi kepada 3 bahagian, iaitu A,B, dan C. Pada kali ini penulis ingin berkongsi sedikit sebanyak corak soalan dan cara menjawab bahagian B. Hal ini kerana, dalam tulisan yang terdahulu penulis telah membincangkan penulisan bahagian A (membina lima ayat lengkap), dan penulisan bahagian C (Karangan umum). 

     Sebenarnya, penulis dari awal lagi berniat menulis contoh-contoh karangan bahagian C sahaja iaitu karangan umum, dan itulah yang menjadi fokus blog ini. Walau bagaimanapun, penulis merasakan tiada masalah  jika sedikit sebanyak dan sekali sekala  penulis berkongsi bahagian-bahagian lain dalam  kertas penulisan Bahasa Melayu.

      Soalan bahagian B terdiri daripada satu soalan (tiada pilihan) yang wajib dijawab . Bahagian ini calon perlu menulis sebuah ulasan dalam bentuk perenggan yang terdiri daripada 50 hingga 80 patah perkataan berdasarkan bahan rangsangan yang diberi.  Bahan rangsangan pula boleh terdiri daripada bahan grafik dan bukan grafik

     Bahan grafik boleh terdiri daripada peta minda, graf, poster, iklan, carta dan sebagainya. Bahan bukan grafik pula boleh terdiri daripada petikan cerita, surat kiriman, laporan, berita, dialog dan sebagainya.

     Untuk menjawab bahagian ini calon perlu:
a. Memerhatikan atau membaca bahan rangsangan dengan teliti dari segenap aspek samada yang     
    tersurat atau tersirat.

b. Menulis rumusan dalam bentuk perenggan yang terdiri daripada 2, 3, atau  4 perenggan     
    berdasarkan isi yang diperoleh dari bahan rangsangan. Dalam hal ini, pada pendapat penulis ulasan     yang terdiri daraipada 3 atau 4 perenggan adalah sesuai.    
c. Calon perlu memberikan pendapat atau komentar dan membuat tafsiran kandungan bahan.

d. Secara umumnya,  calon  perlu menulis sebaris dua ayat sebagai pendahuluan pada perenggan yang     pertama. Pada perenggan yang kedua calon perlu menulis ulasan, dan perenggan yang ketiga    
    merupakan penutup ulasan.    

e. Calon perlu menyisipkan nilai murni/ amalan baik/ pengajaran /mesej yang diperoleh daripada bahan rangsangan pada bahagian penutup.

Contoh Soalan:

Rajah di bawah menunjukkan  punca-punca pencemaran alam.

Tulis ulasan tentang tentang punca pencemaran alam dalam bentuk perenggan










Pencemaran alam semakin mengancam kehidupan seharian kita. Banyak punca yang menyumbang kepada berlakunya pencemaran alam.

    Penebangan hutan secara berleluasa untuk pembalakan atau pertanian adalah salah satu punca berlakunya pencemaran alam. Selain  itu, pembakaran terbuka juga menjadi punca berlakunya pencemaran alam. Asap daripada pembakaran terbuka boleh menyebabkan berlakunya jerebu yang mengancam kesihatan kita. Selain itu,  asap daripada kenderaan bermotor juga menyebabkan udara tercemar. karbon monoksida yang dilepaskan oleh kenderaan bermotor amat berbahaya kepada kita.  Kilang-kilang perusahaan juga menjadi punca pencemaran alam. Sebagai contoh, kilang-kilang ini membuang sisa toksik ke dalam sungai atau longkang. Hal ini menyebabkan  berlakunya pencemaran air.
  
     Kesimpulannya, kita perlu bekerjasama mengatasi masalah pencemaran alam ini demi kesejahteraan hidup kita.










Label: ,

1 Ulasan:

Di 16 Julai 2017 pada 8:22 PTG, Blogger Sharmine Azira berkata...

pencemaran alam telah menganggu kesihatan kita.Terdapat banyak perkara yang menyumbang kepada berlakunya pencemaran alam.

pembakaran hutan secara berleluasa akan menyebabkan berlakunya pencemaran alam.selain itu,habitat-habitat haiwan juga turut musnah akibat aktiviti ini.
selain itu,asap dari kendaraan sperti kereta dan motor akan menyebabkan berlakunya pencemaran udara seperti jerebu.karbon monoksida yang dilepaskan melalui kenderaan ini amat merbahaya untuk kesihatan kita.selain itu,kilang-kilang perusahaan juga adalah salah satu sebab berlaku nya pencemaran alam.
sebagai contoh,kilang-kilang ini membuangan sisa toksik ke dalam sungai atau longakang.hal ini akan menyebabkan berlakunya pencemaran air.

kesimpulannya,kita perlu bekerjasama untuk mengatasi malasah ini demi kesejahteraan hidup kita.

 

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama