Karangan UPSR " Faedah Amalan Berjimat Cermat"
Soalan:
Berjimat cermat adalah amalan yang mulia.
Tulis sebuah karangan tentang faedah amalan ini.
Berjimat cermat membawa maksud berhemat atau berhati-hati dalam penggunaan wang, elektrik, air ataupun lain-lain keperluan seharian kita. Amalan berjimat cermat merupakan satu amalan yang terpuji dan membawa pelbagai faedah kepada kita.
Antara faedah amalan ini ialah kita dapat mengurangkan perbelanjaan harian kita. Sekiranya kita berjimat cermat sudah tentu perbelanjaan harian kita sekeluarga dapat dikurangkan dan kita mempunyai lebihan wang. Lebihan wang ini boleh kita simpan untuk keperluan pada masa kecemasan.
Seterusnya, amalan berjimat cermat dapat memupuk sikap berdikari dalam diri setiap orang. Hal ini demikian kerana orang yang mengamalkan sikap berjimat cermat sudah pasti akan berusaha melakukan sendiri atau menyelesaikan sendiri sesuatu perkara atau masalah tanpa mengupah orang lain. Keadaan ini bukan sahaja menjimatkan wang tetapi juga menambahkan pengalaman.
Selain itu, amalan berjimat juga boleh membantu negara menjimatkan sumber. Sebagai contoh, sekiranya kita berjimat cermat dalam penggunaan elektrik, air, dan petrol sudah pasti sumber terpenting kehidupan kita ini akan dapat dijimatkan. Secara tidak langsung kita membantu mengurangkan perbelanjaan negara.
Di samping itu, melalui amalan yang mulia ini juga kita dapat menambahkan wang simpanan kita. Wang simpanan sangat penting dalam kehidupan kita. Orang yang mempunyai simpanan akan terjamin masa depannya. Wang simpanan juga amat diperlukan sekiranya berlaku sesuatu musibah kepada kita atau orang-orang terdekat dengan kita.
Kesimpulannya, amalan berjimat cermat perlu menjadi amalan setiap orang. Amalan yang mulia ini jika diamalkan membawa seribu kebaikan.
24 Ulasan:
karangan terbaik
karangan terbaik
KARANGAN TERBAIK
Bukan orang-orang
Memang baik ,tetapi perenggan ke-lima itu bukan orang-orang
Isi yg bagus
Alhamdullillah,terimakasih atas perkongsian....
Orang orang tidak sesuai dalam ayat di dalam perenggan kelima.Boleh digantikan kepada ahli keluarga.
Bolehlah......
Terbaik
Terbaik karangan mantap
oky...best karangan ni..semoga lebih pandai!
Bagus karangan ni cuma perenggan yang kelima tu.Orang-orang.Kena ganti dengan semua orang dan sebagainya asalkan sesuai.
Aku 10 tahun tapi tiba2 Cikgu aku ajar nie plk aduhhh Susah betul laaaa
This web is good man cool keep it up !
Lima baris je satu perenggan?! Wah best nyer dak2 upsr. Ceyh, sibok je abg spm kt sini. Tengah cari isi kt tenet ni, utk homework bm.Goodluck adik2 utk upsr.
baik tapi sangat panjang
Sangat bagus
Sangat membantu
SANGAN BANTU
Karangan terbaik.. Sangat membantu.. Cuma, perenggan kelima boleh digantikan dengan perkataan lain.. Perkataan *orang-orang* tak sesuai...
bukan sepatutnya 80 - 120 pp ka ?
Karangan yang baik.saya Sudah habis NM kerja rummage.
Sangat hebat membuat ini sebagai rujukan untuk kerja rumah saya.😄
Catat Ulasan
Langgan Catat Ulasan [Atom]
<< Laman utama