Khamis, 15 Februari 2018

VIDEO - TATABAHASA TAHAP 2 (BINAAN AYAT)


Ayat ialah unit pengucapan yang paling tinggi dalam susunan tatabahasa. Ia mempunyai makna yang lengkap. Ayat terditri daripada satu perkataan atau susunan beberapa perkataan yang diungkapkan dengan intonasi yang sempurna.

Ayat terdiri daripada dua kategori iaitu ayat dasar dan ayat terbitan.Ayat dasar ialah ayat mudah yang dapat ditransformasikan untuk membentuk aya terbitan. Ayat dasar dan ayat terbitan ini pula mempunyai pelbagai ragam ayat antaranya:-

a ) Ayat penyata
b ) Ayat tanya
c ) Ayat perintah
d ) Ayat seruan
e ) Ayat aktif
f ) Ayat pasif
g ) Ayat gabungan dan pelbagai jenis ayat yang lain

Unsur yang terkandung dalam ayat ialah klausa. Bilangan klausa dalam sesuatu ayat akan menentukan sama ada ayat tersebut ayat tunggal atau ayat majmuk.

Video di bawah dapat membantu murid-murid memahami cara binaan ayat.



Label:

0 Ulasan:

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama