Karangan syarahan ""Kepentingan menguasai komputer Dan Internet"
Soalan:
Kamu telah mewakili kelas dalam pertandingan syarahan sempena kempen minggu celik IT peringkat sekolah. Tajuk syarahan kamu ialah "Kepentingan menguasai komputer Dan Internet"
Tulis syarahan kamu itu selengkapnya.
Yang Di Hormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Pengkalan Chepa, Encik Hamzah Hassan, Barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru dan rakan sekalian. Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan. Pada pagi yang ceria ini saya akan menyampaikan sebuah syarahan yang bertajuk "Kepentingan Menguasai Komputer Dan Internet".
Sidang hadirin sekalian,
Komputer adalah sejenis alat elektronik yang boleh menerima data, memproses data, menyimpan data serta menghasilkan maklumat. Manakala internet pula ialah satu rangkaian komputer yang menghubungkan berjuta-juta komputer di seluruh dunia untuk berkongsi sumber dan maklumat, berkomunikasi dan saling berhubungan antara satu sama lain.
Daripada definisi ini, kita dapat memahami bahawa komputer dan internet sangat penting untuk kita kuasai. Dengan menguasai komputer kita dapat menyelesaikan sesuatu tugasan dengan cepat, tepat dan kemas. Pelbagai aplikasi yang datang bersama komputer dapat membantu kita membuat pelbagai tugasan. Contohnya, kita dapat mengira, dan menyediakan data yang tepat dan kemas dalam masa yang singkat menggunakan aplikasi hamparan elektronik seperti Microsoft Office Excel.
Selain itu, dengan penguasaan teknologi ini juga kita dapat berhubung dengan orang lain di seluruh dunia dengan lebih cepat. Kita dapat menyampaikan berita dan berbincang tentang sesuatu isu dengan pantas. Dalam hal ini aplikasi media sosial seperti "Facebook, dan Whatsapp", sangat berguna kepada kita. Murid-murid juga dapat menggunakan laman-laman sosial ini untuk berbincang dan menyelesaikan sesuatu tugasan berkaitan pelajaran.
Hadirin yang dihormati,
Pelbagai urusan harian juga dapat kita selesaikan dengan cepat dan mudah sekiranya kita menguasai kemahiran komputer dan internet. Perbankan elektronik, dan perniagaan dalam talian adalah antara contohnya. Melalui perbankan elektronik, kita dapat memindahkan wang ke dalam akaun orang lain seperti keluarga dan rakan-rakan kita dengan cepat tanpa perlu pergi ke bank. Kita juga dapat menjual dan membeli sesuatu barangan dalam talian. Hal ini sudah tentu menjimatkan masa dan tenaga kita.
Warga dewan yang dikasihi,
Kesimpulannya, pelbagai manfaat dapat kita peroleh jika menguasai komputer dan internet. Kemajuan teknologi maklumat amat penting untuk kita kuasai sekiranya ingin maju dan bersaing pada zaman yang serba moden dan bergerak pantas ini.
Sekian, terima kasih
1 Ulasan:
Poster di bawah memaparkan tentang cara-cara untuk menjaga asap semasa berkawan. Tulis ulasan kamu tentang adab-adab semasa berkawan. Panjang ulasan kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan.
Poster di atas menunjukkan tentang cara-cara untuk menjaga adab semasa berkawan. Antaranya ialah kita hendaklah mengasihi kawan-kawan kita seperti kita mengasihi diri sendiri sebagai tanda setia kawan.
Selain itu kita juga perlu menegur akan kesalahan sahabat secara berhemah supaya kita tidak menyinggung perasaan sahabat. Seterusnya kita haruslah menghormati kawan kita dengan menerima mereka seadanya.
Akhir sekali hargailah kawan dengan cara bertanya khabar dan memberikan ucapan untuk mereka. Kesimpulan nya kita akan lebih disenangi kawan sekiranya kita bijak menjaga adab ketika berkawan.
Catat Ulasan
Langgan Catat Ulasan [Atom]
<< Laman utama