Selasa, 11 Julai 2023

"TAPAK RPH BAHASA MELAYU TAHUN 6 2023"

 Assalam para guru


Posting kali ini saya ingin berkongsi Tapak RPH mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun 6 untuk Tahun 2023.

Tapak RPH ini saya hasilkan menggunakan MS WORD sahaja. Tapak ini boleh diedit mengikut kesesuaian kelas dan sekolah masing-masing menggunakan fungsi developer yang terdapat dalam MS Word.

Sekiranya ingin menggunakannya boleh scan QR Code di bawah.

Sekian terima kasih.

"KATA PEMERI"

 

Kata Pemeri

Mengikut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (Nik Safiah Karim et.al: 2004:250), kata pemeri ialah unsur yang menjadi pemeri hal / perangkaI dengan frasa-frasa utama dalam predikat. Penggunaan kata pemeri ialah di hadapan frasa nama dan kata pemeri di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Kata pemeri menceritakan subjek atau kata yang menghubungkan subjek dengan frasa-frasa utama dalam predikat.
Secara mudahnya kata pemeri ialah perkataan yang menghubungkan subjek dengan frasa-frasa utama dalam predikat. Terdapat dua jenis  di dalam Bahasa Melayu iaitu:

1. ialah
2. adalah

Penggunaan kata pemeri ialah:

 (Mengikut khidmat nasihat  Pusat Rujukan Persuratan Melayu) Kata pemeri  ialah menunjukkan persamaan dan hadir di hadapan frasa nama.

Contoh ayat:
1. Perempuan yang cantik itu ialah ibu saya.

    ialah = kata pemeri

    ibu saya = frasa nama


2. Cikgu Mazlinda ialah guru bahasa melayu kelas saya.

      ialah = kata pemeri

     guru bahasa melayu kelas saya = frasa nama

Penggunaan kata pemeri adalah:

(Menurut Pusat Rujukan Persuratan Melayu)  kata pemeri adalah menunjukkan huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama.
Contoh ayat:

1. Hadiah yang cantik ini  adalah daripada murid-murid tahun 5 Usaha.

     adalah = kata pemeri

    daripada murid-murid tahun 5 Usaha = frasa sendi nama

2. Nasihat ustaz itu adalah sangat penting.

   adalah = kata pemeri

   sangat penting = frasa adjektif


Latihan: 

Lengkapkan ayat dengan kata pemeri yang betul.

1. Nur Aina __________ ketua murid di sekolahnya.

                   A  ialah             B adalah

2. Kempen membaca itu diadakan _____________ bertujuan memupuk minat membaca   

    dalam kalangan murid-murid sekolah rendah.

                    A adalah         B ialah

3.  Murid yang dinobatkan sebagai tokoh murid tahun ini __________ daripada kelas 5 Iltizam.

                  A ialah              B adalah

4. Pemilik salon kecantikan itu _______________ Puan Noraini.

                  A ialah            B adalah


5. Warga emas ___________ golongan yang berisiko tinggi dijangkiti penyakit Covid-19.

                 A  ialah         B  adalah


 


Label: ,

Isnin, 10 Julai 2023

'Kata Ganti Nama"

Label:

Rabu, 5 Julai 2023

"Karangan Pidato - Kesihatan mental"


Soalan : Kamu dikehendaki menyampaikan sebuah Pidato bertajuk "Jaga Kesihatan Mental, Sihatkan Minda Kita" sempena minggu kesihatan di sekolah kamu.

Tulis Teks pidato kamu selengkapnya.


Yang saya hormoti tuan dan guru besar ,guru guru  rakan - rakan . Tajuk pidato saya pada pagi ini ialah " Jaga kesihatan  Mental , Sihatkan Minda kita " . 

Hadirin yang saya hormati , 

     Kesihatan Mental ialah kemampuan seseorang untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran . Selain itu , Kesihatan mental sering kali dikaitkan dengan individu yang  sentiasa  berfikiran positif . 

         Kesihatan mental amat perlu dijaga . Kesihatan mental  yang baik akan menghasilkan kualiti  hidup yang baik . Seorang itu mampu mengekalkan kehidupan yang yang harmoni dan  dapat menyertai aktiviti kemasyarakatan .

Hadirin yang saya kasihi,

          Gangguan kesihatan mental boleh terjadi disebabkan beberapa faktor . Antaranya ialah seseorang mempunyai masalah keluarga contohnya keluarga yang tidak bahagia atau berpecah belah. Selain itu, orang mengalami tekanan hidup  dan masalah kewangan juga  boleh terganggu mental

     Namun demikian , gangguan mental boleh diatasi dengan beberapa cara. Antaranya dengan cara mengamalkan pemakanan  seimbang dan sihat.  Ganguan Mental juga boleh diatasi dengan bersenam Secara teratur . Selain itu, sentaisalah berfikiran  positif dan menerima segala cabaran dengan minda terbuka juga mempakan cara yang baik untuk  mengatasi masalah gangguan mental . 

Kesimpulannya , Kesihatan mental yang baik akan menghasilkan gaya hidup yang cergas dan minda yang sihat.

Sekian, Terima kasih.


Label: ,

Jumaat, 28 Oktober 2022

"Kata Adjektif atau Kata Sifat"

 Nota : Kata Adjektif (Kata Sifat)


  1. Kata adjektif juga dikenali sebagai kata sifat


  1. Digunakan untuk menerangkan keadaan sesuatu benda, tempat, orang, binatang dan sebagainya.


  1. Boleh didahului atau diikuti oleh kata penguat seperti ter-, amat-, sungguh-, paling- dan sekali- (contoh : terpandai, paling pandai, sungguh pandai, amat pandai, pandai sekali.)


  1. Kata adjektif juga boleh didahului oleh kata bantu seperti masih, dapat, dan akan

(contoh: masih jauh, akan mahir, masih kecil)


  1. Kata adjektif terbahagi kepada 9 jenis iaitu:






Jenis Kata Adjektif

Contoh

Ayat Contoh

Sifatan/keadaan

Baik, nakal, berani

Hang Tuah berani menentang musuh.

Warna

Biru, hijau, merah, ...

Saya menulis dengan pen biru.

Ukuran

Pendek, panjang, tinggi, rendang

Pokok mangga itu sangat rendang.

Bentuk

Bujur, pipih, kempis

Muka Ameera bujur sirih.

Jarak

Dekat, jauh, nyaris

Rumah saya jauh dari sini.

Cara

Mahir, deras, selalu

Pahlawan itu sungguh mahir bersilat

Perasaan

Rindu, berang, sayang

Ibu rindu akan abang yang berada di Kuala Lumpur.

Pancaindera

Manis, pahit, kelat

Pahit getir yang dialaminya amat terkesan dihatinya

Waktu

Silam, kini, sekarang

Sejarah silam patut diambil sebagai pengajaran.




Latihan penggunaan kata adjektif dalam ayat.

Arahan: jawab semua soalan. pilih jawapan yang paling sesuai.

1. Ketika cuaca panas, kita digalakkan memakai baju berwarna _________ dan ________

A cerah .... tipis B hitam .... tipis C cerah ......tebal

2. Ramai orang suka bercuti di kawasan tanah tinggi kerana cuacanya lebih __________

A panas B nyaman C cerah


3. "Kita perlu bertolak ke sana __________ pagi" kata ayah kepada ibu.

A lewat B cepat C awal

4. Pak Man yang berbadan ____________ itu masih __________ walaupun telah lanjut usia.

A kurus ....... letih B kurus .... sihat C gagah ...... letih


5. Peristiwa ____________ masih lagi segar dalam ingatan Amalina.

     A   lambat                   B  silam            C  usang


6.  Tempoh yang diberikan oleh gurunya untuk menyiapkan latihan itu sangat _____________

A cepat B segera C suntuk


- Selamat mencuba-

Klik Link Jawapan soalan latihan di bawah untuk mendapatkan jawapan yang betul;



Label:

Selasa, 14 Jun 2022

Gurindam





 

Pantun Melayu





 

Ahad, 15 Mei 2022

Penjodoh Bilangan


 

Label:



Jenis-jenis Ular Berbisa Di Malaysia

    Sejak akhir-akhir ini, ular menjadi cerita yang agak panas. Kisah pertembungan manusia dan ular bukanlah cerita baru. Ramai antara kita menganggap ular sebagai sejenis reptilia yang berbahaya. Sememangnya anggapan sedemikian tidaklah aneh kerana patukan reptilia ini mampu memudaratkan manusia dan haiwan.

    Namun, tahukah kita bahawa bukan semua jenis ular berbisa dan mendatangkan bahaya.  Kali ini penulis cuba membincangkan topik mengenai ular-ular berbisa yang ada di Malaysia.

    Sudah pasti apabila kita menyebut ular berbisa kita akan segera terbayangkan dua jenis ular iaitu ualar tedung selar dan ular tedung senduk. Sememangnya hal ini demikian kerana kedua-dua jenis ular ini boleh membahayakan kita dan jika terkena patukan serta tidak dirawat dengan sewajarnya, ia boleh membawa maut.
 
     Berikut adalah beberapa jenis ular yang berbisa dan sering kita temui

1. Ular tedung selar


Gambar: tedung selar
Sumber: wikipedia

Warna badan ular ini ialah coklat kehitaman. Sisik pada bahagian bawah dan ekor lebih cerah berbanding bahagian tengah badan. Bahagian bawah leher berwarna kuning. Makanan spesies ini merupakan ular lain dan kadang-kala biawak air. Ular betina membuat sarang dengan mengutip daun dengan menggunakan badan dan ekor sebelum bertelur.

      Bilangan telur kira-kira  24 biji . Ular ini mengeram telurnya selama  63 hari. Ular ini amat agerasif jika sarangnya diganggu atau merasa terganggu. Pernah diceritakan ular jenis ini akan mengejar manusia jika sarangnya terganggu.  Patukan ular ini sangat berbisa dan boleh membawa  maut jika tidak mendapat rawatan.

   Habitat ular ini biasanya di hutan-hutan rimba. walaubagaimanapun, pada hari ini ular ini telah banyak ditemui di kawasan perkampungan. Kemungkinan kerana habitatnya telah berkurangan.


2. Ular tedung senduk


Gambar:tedung senduk
Sumber:Wikipedia
Ular senduk mempunyai tubuh berwarna hitam dan berwarna biru kelabu di bahagian perut. Kepala ular ini akan tegak dan sangat agresif apabila diganggu. Ular ini senang dikenali kerana ia akan mengembangkan kepalanya seumpama senduk apabila merasa terganggu atau diganggu. Apabila kepalanya mengembang, ada satu bulatan putih memanjang pada kepalanya. 
      Habitat ular ini adalah kawasan lembap, berpaya, dan semak-samun. Walau bagaimanapun, ular ini seringkali ditemui berhampiran kediaman kita kerana ia mudah mendapatkan makanan. Kerapkali ular ini mendiami bawah kayu-kayu yang tersusun, bawah simen lantai yang pecah dan berongga.

    Patukannya amat bahaya dan boleh membawa maut sekiranya tidak dirawat segera. Ular ini membiak dengan cara bertelur dan taburannya di seluruh Semenanjung Malaysia. Makanan terdiri daripada cicak, tikus dan mangsa yang lebih kecil.




3. Ular katam tebu

Gambar: Katam tebu
Sumber :wikipedia
      Memilikki warna hitam dan putih pada badan hingga ke ekor. Belang kehitaman hanya sampai pada bahagian tepi badan dan belang putih kadang-kadang mempunyai tompok-tompok berwarna merah. Panjangnya boleh mencecah 1.6 meter. Habitat ular ini di kawasan berair seperti paya , sawah padi, dan kawasan pinggir sungai serta tali air.  Kerap kali ia dijumpai di tepi-tepi batas sawah. Ular ini membiak secara bertelur.

   Makanannya terdiri daripada spesies ular lain dan cicak. Pergerakan agak perlahan dan kurang aggerasif. Patukan ular ini sangat bahaya dan boleh membawa maut jika tidak segera mendapatkan rawatan.


4. Ular kapak malas/ kapak bodoh
gambar: kapak malas/bodoh

Ular kapak ini sering dijumpai di kebun-kebun yang bersemak , di bawah sampah sarap, dan di bawah kayu-kayu reput.
    Ular ini  keluar pada waktu malam di kawasan udara yang kelembapan tinggi. Makanan ular ini ialah katak, kodok, tikus, burung kecil  dan jenis ular yang lain dengan cara menyerang hendap. Ular betina mengeluarkan 13-30 telur dan menjaga dari 5 hingga 7 minggu sehingga ianya menetas.

    Patukan ular ini berbisa dan boleh membawa maut kerana bisanya menyebabkan darah kita tidak membeku


















Label:

Ahad, 26 April 2020

Kuiz Online Soalan Aras UPSR 1



Assalam dan salam sejahtera, sebagai perkongsian sepanjang cuti PKP, saya ingin berkongsi kuiz online untuk anda yang singgah di blog saya yang serba kekurangan ini. Semoga perkongsian ini bermanfaat .





Label: