Jumaat, 28 Oktober 2022

"Kata Adjektif atau Kata Sifat"

 Nota : Kata Adjektif (Kata Sifat)


  1. Kata adjektif juga dikenali sebagai kata sifat


  1. Digunakan untuk menerangkan keadaan sesuatu benda, tempat, orang, binatang dan sebagainya.


  1. Boleh didahului atau diikuti oleh kata penguat seperti ter-, amat-, sungguh-, paling- dan sekali- (contoh : terpandai, paling pandai, sungguh pandai, amat pandai, pandai sekali.)


  1. Kata adjektif juga boleh didahului oleh kata bantu seperti masih, dapat, dan akan

(contoh: masih jauh, akan mahir, masih kecil)


  1. Kata adjektif terbahagi kepada 9 jenis iaitu:






Jenis Kata Adjektif

Contoh

Ayat Contoh

Sifatan/keadaan

Baik, nakal, berani

Hang Tuah berani menentang musuh.

Warna

Biru, hijau, merah, ...

Saya menulis dengan pen biru.

Ukuran

Pendek, panjang, tinggi, rendang

Pokok mangga itu sangat rendang.

Bentuk

Bujur, pipih, kempis

Muka Ameera bujur sirih.

Jarak

Dekat, jauh, nyaris

Rumah saya jauh dari sini.

Cara

Mahir, deras, selalu

Pahlawan itu sungguh mahir bersilat

Perasaan

Rindu, berang, sayang

Ibu rindu akan abang yang berada di Kuala Lumpur.

Pancaindera

Manis, pahit, kelat

Pahit getir yang dialaminya amat terkesan dihatinya

Waktu

Silam, kini, sekarang

Sejarah silam patut diambil sebagai pengajaran.




Latihan penggunaan kata adjektif dalam ayat.

Arahan: jawab semua soalan. pilih jawapan yang paling sesuai.

1. Ketika cuaca panas, kita digalakkan memakai baju berwarna _________ dan ________

A cerah .... tipis B hitam .... tipis C cerah ......tebal

2. Ramai orang suka bercuti di kawasan tanah tinggi kerana cuacanya lebih __________

A panas B nyaman C cerah


3. "Kita perlu bertolak ke sana __________ pagi" kata ayah kepada ibu.

A lewat B cepat C awal

4. Pak Man yang berbadan ____________ itu masih __________ walaupun telah lanjut usia.

A kurus ....... letih B kurus .... sihat C gagah ...... letih


5. Peristiwa ____________ masih lagi segar dalam ingatan Amalina.

     A   lambat                   B  silam            C  usang


6.  Tempoh yang diberikan oleh gurunya untuk menyiapkan latihan itu sangat _____________

A cepat B segera C suntuk


- Selamat mencuba-

Klik Link Jawapan soalan latihan di bawah untuk mendapatkan jawapan yang betul;



Label: