"Karangan , Nota , soalan tatabahasa melayu"
Ahad, 15 Mei 2022
Jenis-jenis Ular Berbisa Di Malaysia
Sejak akhir-akhir ini, ular menjadi cerita yang agak panas. Kisah pertembungan manusia dan ular bukanlah cerita baru. Ramai antara kita menganggap ular sebagai sejenis reptilia yang berbahaya. Sememangnya anggapan sedemikian tidaklah aneh kerana patukan reptilia ini mampu memudaratkan manusia dan haiwan.
Namun, tahukah kita bahawa bukan semua jenis ular berbisa dan mendatangkan bahaya. Kali ini penulis cuba membincangkan topik mengenai ular-ular berbisa yang ada di Malaysia.
Sudah pasti apabila kita menyebut ular berbisa kita akan segera terbayangkan dua jenis ular iaitu ualar tedung selar dan ular tedung senduk. Sememangnya hal ini demikian kerana kedua-dua jenis ular ini boleh membahayakan kita dan jika terkena patukan serta tidak dirawat dengan sewajarnya, ia boleh membawa maut.
Berikut adalah beberapa jenis ular yang berbisa dan sering kita temui
1. Ular tedung selar
Gambar: tedung selar Sumber: wikipedia |
Warna badan ular ini ialah coklat kehitaman. Sisik pada bahagian bawah dan ekor lebih cerah berbanding bahagian tengah badan. Bahagian bawah leher berwarna kuning. Makanan spesies ini merupakan ular lain dan kadang-kala biawak air. Ular betina membuat sarang dengan mengutip daun dengan menggunakan badan dan ekor sebelum bertelur.
Bilangan telur kira-kira 24 biji . Ular ini mengeram telurnya selama 63 hari. Ular ini amat agerasif jika sarangnya diganggu atau merasa terganggu. Pernah diceritakan ular jenis ini akan mengejar manusia jika sarangnya terganggu. Patukan ular ini sangat berbisa dan boleh membawa maut jika tidak mendapat rawatan.
Habitat ular ini biasanya di hutan-hutan rimba. walaubagaimanapun, pada hari ini ular ini telah banyak ditemui di kawasan perkampungan. Kemungkinan kerana habitatnya telah berkurangan.
3. Ular katam tebu
Memilikki warna hitam dan putih pada badan hingga ke ekor. Belang kehitaman hanya sampai pada bahagian tepi badan dan
belang putih kadang-kadang mempunyai tompok-tompok berwarna merah.
Panjangnya boleh mencecah 1.6 meter. Habitat ular ini di kawasan berair seperti paya , sawah padi, dan kawasan pinggir sungai serta tali air. Kerap kali ia dijumpai di tepi-tepi batas sawah. Ular ini membiak secara bertelur.
Makanannya terdiri daripada spesies ular lain dan cicak. Pergerakan agak perlahan dan kurang aggerasif. Patukan ular ini sangat bahaya dan boleh membawa maut jika tidak segera mendapatkan rawatan.
4. Ular kapak malas/ kapak bodoh
Ular kapak ini sering dijumpai di kebun-kebun yang bersemak , di bawah sampah sarap, dan di bawah kayu-kayu reput.
Ular ini keluar pada waktu malam di kawasan udara yang kelembapan tinggi. Makanan ular ini ialah katak, kodok, tikus, burung kecil dan jenis ular yang lain dengan cara menyerang hendap. Ular betina mengeluarkan 13-30 telur dan menjaga dari 5 hingga 7 minggu sehingga ianya menetas.
Patukan ular ini berbisa dan boleh membawa maut kerana bisanya menyebabkan darah kita tidak membeku
2. Ular tedung senduk
Gambar:tedung senduk Sumber:Wikipedia |
Ular senduk mempunyai tubuh berwarna hitam dan berwarna biru kelabu di
bahagian perut. Kepala ular ini akan tegak dan sangat agresif apabila diganggu. Ular ini senang dikenali kerana ia akan mengembangkan kepalanya seumpama senduk apabila merasa terganggu atau diganggu. Apabila kepalanya mengembang, ada satu bulatan putih memanjang pada kepalanya.
Habitat ular ini adalah kawasan lembap, berpaya, dan semak-samun. Walau bagaimanapun, ular ini seringkali ditemui berhampiran kediaman kita kerana ia mudah mendapatkan makanan. Kerapkali ular ini mendiami bawah kayu-kayu yang tersusun, bawah simen lantai yang pecah dan berongga.
Patukannya amat bahaya dan boleh membawa maut sekiranya tidak dirawat
segera. Ular ini membiak dengan cara bertelur dan taburannya di seluruh
Semenanjung Malaysia. Makanan terdiri daripada cicak, tikus dan mangsa yang
lebih kecil.
3. Ular katam tebu
Gambar: Katam tebu Sumber :wikipedia |
Makanannya terdiri daripada spesies ular lain dan cicak. Pergerakan agak perlahan dan kurang aggerasif. Patukan ular ini sangat bahaya dan boleh membawa maut jika tidak segera mendapatkan rawatan.
4. Ular kapak malas/ kapak bodoh
gambar: kapak malas/bodoh |
Ular kapak ini sering dijumpai di kebun-kebun yang bersemak , di bawah sampah sarap, dan di bawah kayu-kayu reput.
Ular ini keluar pada waktu malam di kawasan udara yang kelembapan tinggi. Makanan ular ini ialah katak, kodok, tikus, burung kecil dan jenis ular yang lain dengan cara menyerang hendap. Ular betina mengeluarkan 13-30 telur dan menjaga dari 5 hingga 7 minggu sehingga ianya menetas.
Patukan ular ini berbisa dan boleh membawa maut kerana bisanya menyebabkan darah kita tidak membeku
Label: Pengetahuan Am